Skip to main content

Malaysia

Penemuan rangka bayi: Reman lima suspek dilanjut tiga hari

PDRM
Polis turut menahan reman tiga ahli keluarga perempuan itu, iaitu ibu, kakak dan adik lelakinya dengan semua mereka berusia antara 16 hingga 40 tahun.

ALOR GAJAH: Reman lima suspek berhubung penemuan rangka bayi di hadapan sebuah rumah di Kelemak pada Rabu lepas, disambung tiga hari bermula semalam.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ahmad Abu Bakar berkata, lanjutan reman sehingga esok itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan, iaitu menyembunyikan kelahiran.

Advertisement

Khamis lepas, seorang remaja perempuan 19 tahun yang dipercayai ibu kepada bayi itu dan teman lelakinya direman berhubung penemuan rangka yang dipercayai ditanam kira-kira empat bulan lepas. 

Polis turut menahan reman tiga ahli keluarga perempuan itu, iaitu ibu, kakak dan adik lelakinya dengan semua mereka berusia antara 16 hingga 40 tahun.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video