JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di Johor terus menurun kepada 35,230 orang setakat 4 petang ini berbanding 36,086 orang yang direkodkan pada 8 pagi tadi susulan penutupan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Batu Pahat.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menerusi kenyataan memaklumkan PPS yang ditutup adalah Dewan Parit Jayus Darat, Batu Pahat sekali gus menjadikan 114 PPS yang masih beroperasi di empat daerah setakat ini.
"Batu Pahat daerah paling teruk terjejas dengan jumlah mangsa 35,062 daripada 9,867 keluarga; diikuti Segamat 102 orang (29 keluarga); Muar dengan 42 orang (14 keluarga); dan Tangkak 24 orang (tiga keluarga)," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, tinjauan Bernama di Batu Pahat hari ini mendapati penduduk masih belum dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing berikutan paras air yang tidak menunjukkan perubahan ketara atau banjir termenung.
Sebahagian besar penduduk juga masih belum dapat membersihkan rumah mereka, misalnya di Kampung Parit Jayus Darat dan Kampung Haji Khalid, yang menyaksikan paras air masih berada pada paras lutut, pagi tadi.
BANJIR-JOHOR (PETANG) 2 (AKHIR) JOHOR BAHRU
Cuaca diramalkan cerah di sembilan daerah pada petang ini kecuali Batu Pahat yang dijangka mendung.
Sementara itu, Jabatan Kerja Raya Batu Pahat menerusi hantaran di Facebook hari ini memaklumkan empat laluan di daerah Batu Pahat masih ditutup untuk kenderaan ringan akibat dinaiki air sehingga 0.43 meter.
Jalan tersebut adalah Jalan Parit Haji Arif/Sri Dayung berhampiran Jambatan Sri Dayung, Jalan Parit Jambi berhampiran Jambatan Parit Jambi, sepanjang Jalan Parit Warijo dan Parit Haji Arif berhampiran Klinik Kesihatan Sri Medan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 15 2023
Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Balai Polis Yong Peng sedang giat membersihkan salah sebuah rumah mangsa banjir ketika tinjauan di sekitar perkampungan di Yong Peng. - Bernama
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Rutin tahunan, mangsa banjir terpaksa guna sampan tinjau rumah
Misri Salamon, 63, berkata meskipun banjir sudah memasuki hari keempat, namun air yang naik hingga paras pinggang di kawasan kediamannya di Kampung Sungai Linau masih belum surut.
Banjir di Segamat makin pulih, hanya 19 mangsa masih di PPS
Situasi banjir di Segamat, Johor kian pulih setakat tengah hari ini dengan jumlah mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan kepada 19 orang berbanding 43 orang pagi tadi.
Banjir di Sabah meningkat, Pahang, Johor menurun - Nadma
Jumlah mangsa banjir di Sabah merekodkan peningkatan manakala di Pahang dan Johor mencatatkan penurunan.
Banjir di Sabah, Pahang meningkat, Johor menurun - Nadma
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Pahang merekodkan peningkatan manakala Johor mencatatkan penurunan pagi ini.
Kerja pembersihan pascabanjir di Kota Tinggi capai 70 peratus
Kerja pembersihan pascabanjir di daerah ini yang bermula Jumaat lepas kini telah mencapai 70 peratus setakat pagi tadi.
1,842 mangsa banjir di Johor, Pahang - Nadma
Seramai 1,842 mangsa masih berlindung di 18 pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor dan Pahang tengah hari ini berbanding 1,860 mangsa pagi tadi.
Gelombang banjir kedua Johor, mangsa banjir Mersing bertambah
Terkini, seramai 421 mangsa dari 123 keluarga ditempatkan di empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Mersing.
Bomba terima 20 panggilan menyelamat mangsa banjir terperangkap
Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi menerima lebih 20 panggilan penyelamatan dan khidmat khas sejak banjir melanda daerah ini pada Khamis lalu.
Berhati-hati lalu Jalan Felda Sungai Mas-Lok Heng
Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dan mematuhi papan tanda amaran ketika memandu di laluan Felda Sungai Mas menghala ke Lok Heng.
Batu Pahat daerah terbaharu dilanda banjir di Johor
Batu Pahat menjadi daerah terbaharu dinaiki air di Johor, menjadikan tujuh daerah di negeri itu kini terjejas dengan banjir.