awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di Johor meningkat lebih 4,000 orang, 45 PPS dibuka

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
25/01/2023
07:10 MYT
Mangsa banjir di Johor meningkat lebih 4,000 orang, 45 PPS dibuka
Seramai 4,207 mangsa banjir daripada 1,164 keluarga ditempatkan 45 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di enam daerah di negeri Johor, setakat jam 2 petang. - Gambar ihsan APM
JOHOR BAHRU: Seramai 4,207 mangsa banjir daripada 1,164 keluarga ditempatkan 45 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di enam daerah di negeri Johor, setakat jam 2 petang.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, trend peningkatan itu berlaku susulan hujan berterusan di kebanyakan kawasan di negeri ini.
Katanya, 3 PPS dibuka di Muar membabitkan 15 mangsa daripada lima keluarga.
"Segamat terus mencatatkan jumlah mangsa banjir paling ramai dengan 1,521 mangsa banjir daripada 428 keluarga daripada 19 PPS. Sebelum ini PPS di Segamat ialah 16 PPS pada tengah hari tadi.
"Diikuti jumlah mangsa banjir di Kluang, seramai 1,212 mangsa banjir daripada 348 keluarga ditempatkan di 11 PPS.
"Kota Tinggi menempatkan 591 mangsa banjir daripada 144 keluarga di 6 PPS,"katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.
Jelas Azmi, Mersing pula menempatkan 717 mangsa banjir daripada 207 keluarga di 4 PPS.
Manakala Batu Pahat menempatkan 151 mangsa banjir daripada 32 keluarga ditempatkan di 2 PPS.
Sementara itu Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), menjangkakan amaran bahaya iaitu hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di Mersing dan Kota Tinggi sehingga esok.
Manakala amaran buruk melibatkan hujan lebat berterusan sehingga esok di Segamat, Kluang, Kulai dan Johor Bahru.
Topic Berkaitan
#banjir johor
#Pusat Pemindahan Sementara
#mangsa banjir
#Muar dilanda banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan