awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi, Turkiye sepakat tingkatkan kerjasama pertahanan melalui platform pelbagai hala
MEF sokong pengambilan terus pekerja asing, kurangkan kos dan eksploitasi
KKR laksana 99 projek baik pulih cerun libat kos RM77.3 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di Perak meningkat kepada 507 orang

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
09/11/2023
22:45 MYT
Mangsa banjir di Perak meningkat kepada 507 orang
Keadaan banjir di Langkap, Perak, 8 Nov 2023. - Foto fail/APM Perak
IPOH: Mangsa banjir di Perak terus meningkat kepada 507 orang daripada 155 keluarga sehingga lewat malam tadi, berbanding 470 mangsa daripada 145 keluarga pada sebelah pagi.
Kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata, mereka ditempatkan di lima pusat permindahan sementara (PPS) di daerah Hilir Perak dan Kerian.
Menurutnya, mangsa di daerah Hilir Perak bertambah selepas 44 orang dari 14 keluarga dipindahkan ke PPS Dewan Serbaguna Chikus, berbanding 22 orang daripada sembilan keluarga sebelumnya.
Sementara itu, di dua lagi PPS di Hilir Perak, seramai 165 mangsa daripada 52 keluarga masih ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak dan 144 orang daripada 46 keluarga di PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan.
Di daerah Kerian pula, jumlah mangsa banjir kekal dengan 97 orang daripada 24 keluarga di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak dan 57 orang daripada 19 keluarga berlindung di PPS SK Alor Pongsu.
Dalam pada itu, Jabatan Pengairan dan Saliran melaporkan paras Sungai Bidor di Changkat Jong masih pada tahap bahaya iaitu 4.12 meter (m), manakala Sungai Kinta di Weir Tanjung Tualang 13.23m.
Topic Berkaitan
#banjir
#PPS
#Sungai Bidor
#mangsa banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan