Majlis Keselamatan Negara memaklumkan hanya 66 mangsa banjir ditempatkan di Pusat Pemindahan di Kelantan dan Terengganu.

Pusat Pemindahan di Hulu Terengganu kini telah ditutup. Hanya tiga pusat pemindahan dibuka iaitu Tanah Merah, Pasir Puteh dan Setiu.

Namun Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat kuning di dua negeri itu dijangka berterusan hingga Jumaat.

Ia berkemungkinan menyebabkan banjir di kawasan rendah.