awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di Sabah meningkat mendadak kepada 1,243 orang

Bernama
Bernama
03/05/2025
09:35 MYT
Mangsa banjir di Sabah meningkat mendadak kepada 1,243 orang
Daerah Beaufort menjadi lokasi terbaru terjejas apabila 116 mangsa daripada 38 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan kekal (PPK) Selagon. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di Sabah melonjak mendadak apabila seramai 1,243 orang daripada 375 keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan setakat jam 4 petang ini berbanding 392 mangsa daripada 126 keluarga pada 8 pagi tadi.

Ringkasan AI
  • Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat mendadak kepada 1,243 orang daripada 375 keluarga yang dipindahkan ke pusat pemindahan setakat jam 4 petang, berbanding 392 mangsa daripada 126 keluarga pada 8 pagi tadi.
  • Daerah Beaufort menjadi lokasi terbaru terjejas dengan 116 mangsa daripada 38 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan kekal Selagon. Daerah Sook mencatat angka tertinggi dengan 1,127 orang daripada 337 keluarga berlindung di lima pusat pemindahan sementara.
  • Sembilan kampung di Sook dan dua kampung di Beaufort terjejas akibat banjir. Sipitang juga mula dinaiki air dengan sebuah pusat pemindahan dibuka di Dewan Sekolah Kebangsaan Padang Berampah, dan proses pemindahan masih berlangsung.

Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, daerah Beaufort menjadi lokasi terbaru terjejas apabila 116 mangsa daripada 38 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan kekal (PPK) Selagon.
Sementara itu, daerah Sook kekal mencatat angka tertinggi apabila 1,127 orang daripada 337 keluarga kini berlindung di lima pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka sejak banjir melanda kawasan berkenaan.
Antara PPS terlibat ialah Dewan Datuk Ellron Agin yang menempatkan 494 mangsa, Dewan Masyarakat Sook (241), Dewan Sekolah Kebangsaan Pekan Keningau 2 (206), Dewan Kampung Ansip Tengah (117) dan 69 mangsa di Balai Raya Kampung Molosok Dalit.
"Setakat ini, sebanyak sembilan kampung di Sook dan dua kampung di Beaufort terjejas akibat bencana banjir yang melanda sejak semalam," kata kenyataan itu.
Dalam perkembangan sama, Sipitang turut dilaporkan mula dinaiki air, menjadikannya antara daerah baharu yang kini berdepan musibah banjir.
Sebuah PPS dibuka di Dewan Sekolah Kebangsaan Padang Berampah, namun proses pemindahan masih berlangsung dan jumlah mangsa sedang dikemas kini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir sabah
#PPS
#kawasan terjejas
#info banjir terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami