awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Terbuka Malaysia 2026: Aaron-Wooi Yik, Wan Arif-Roy King mara ke pusingan kedua
AS rampas dua kapal tangki 'armada bayangan' dikaitkan dengan minyak Venezuela
Terbuka Malaysia 2026: Meskipun sakit, Soon Huat-Shevon bangkit cipta kemenangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di Sabah, Sarawak semakin meningkat, 1,706 orang dipindahkan

Bernama
Bernama
06/01/2026
04:30 MYT
Mangsa banjir di Sabah, Sarawak semakin meningkat, 1,706 orang dipindahkan
JPBN Sabah memaklumkan, sebanyak lapan pusat pemindahan kini beroperasi di tiga daerah yang terjejas iaitu Beaufort, Kota Belud dan Tenom. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak semakin meningkat dengan 1,706 orang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di dua negeri itu setakat 8 pagi ini.

Ringkasan AI
  • Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak meningkat kepada 1,706 orang di pusat pemindahan sementara, dengan Sabah mencatatkan 1,399 orang dari 488 keluarga, manakala Sarawak mempunyai 307 orang dari 113 keluarga pada 8 pagi ini.
  • Sabah melaporkan lapan pusat pemindahan beroperasi di Beaufort, Kota Belud, dan Tenom, dengan Beaufort mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 587 orang.
  • Di Johor, 27 orang dari sembilan keluarga masih kekal di pusat pemindahan di Segamat, sementara Sungai Muar di Buloh Kasap berada pada paras waspada dengan 7.94 meter.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Di SABAH, jumlah mangsa dipindahkan meningkat mendadak kepada 1,399 orang daripada 488 keluarga berbanding 619 mangsa daripada 220 keluarga yang direkodkan petang semalam.
Menurut laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, sebanyak lapan pusat pemindahan kini beroperasi di tiga daerah yang terjejas iaitu Beaufort, Kota Belud dan Tenom.
Beaufort mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 587 orang, diikuti Tenom (535 orang) dan Kota Belud (277 orang).
"Di Beaufort, mangsa ditempatkan di Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Dewan Slagon (359 orang) dan PPS Dewan Residensi PR1MA Woordford Estate (228 orang).
"Bagi daerah Kota Belud, 17 mangsa berada di Dewan Kampung Lentigi, manakala jumlah mangsa di Dewan Masyarakat Tun Said dilaporkan meningkat kepada 260 orang," menurut JPBN.
Di Tenom, empat PPS dibuka iaitu Dewan Terbuka Labut 2 (154 orang), Rumah Kebudayaan Kg Ponontomon (217 orang), Rumah Kebudayaan Mandalom Lama (120 orang) dan Rumah Kebudayaan Pantongan Saga (44 orang).
Setakat ini, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan manakala status bencana di Kota Belud masih menunjukkan trend peningkatan.
Di SARAWAK, JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Bekenu, Miri meningkat kepada 307 orang daripada 113 keluarga pada 8 pagi hari ini berbanding 213 orang daripada 73 keluarga pada 4 petang semalam.
Mereka yang dipindahkan ke PPS itu membabitkan penduduk dari Kampung Kawang, Kampung Jenggalas, Kampung Rambai, Kampung Pintasan, Kampung Masjid, Kampung Kuala Lajung, Kampung Majelin dan Kampung Kelapa, Bekenu.
Sementara itu di JOHOR, jumlah mangsa banjir kekal 27 orang daripada sembilan keluarga dengan satu PPS masih beroperasi di Segamat setakat 8 pagi ini.
Pengerusi JPBN Datuk Asman Shah Abd Rahman berkata PPS Balai Raya Kampung Batu Badak menempatkan mangsa dari Kampung Seberang Batu Badak dan Kampung Batu Lima sejak 28 Dis lepas.
"Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat berada pada paras waspada dengan bacaan 7.94 meter (m) dan Jeti Sungai Tekam, Segamat (3.57 m) iaitu pada paras amaran dan semua daerah dalam cuaca cerah kecuali Muar, Batu Pahat serta Kulai dilaporkan mendung," katanya.
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Berapakah jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara di Sabah dan Sarawak pada waktu pagi ini? A: Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak yang berlindung di pusat pemindahan sementara pada waktu pagi ini ialah 1,706 orang.
  • Q: Berapakah jumlah keluarga yang terkesan di daerah Beaufort, Sabah? A: Di daerah Beaufort, Sabah, terdapat 220 keluarga yang terkesan dengan jumlah mangsa tertinggi mencatatkan 587 orang.
  • Q: Apakah status bencana banjir di Kota Belud, Sabah pada masa kini? A: Status bencana banjir di Kota Belud, Sabah masih menunjukkan trend peningkatan tanpa sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.
  • Q: Bagaimanakah perkembangan jumlah mangsa banjir di Sarawak pada waktu 8 pagi hari ini berbanding dengan petang semalam? A: Jumlah mangsa banjir di Sarawak pada waktu 8 pagi hari ini di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Bekenu, Miri, meningkat kepada 307 orang daripada 113 keluarga berbanding dengan 213 orang daripada 73 keluarga petang semalam.
  • Q: Berapa jumlah mangsa banjir yang masih kekal di Johor dan di mana satu-satunya PPS yang masih beroperasi? A: Jumlah mangsa banjir yang masih kekal di Johor ialah 27 orang daripada sembilan keluarga, dengan satu-satunya PPS yang masih beroperasi di Segamat di PPS Balai Raya Kampung Batu Badak.

Topic Berkaitan
#banjir sabah
#banjir Sarawak
#banjir johor
#mangsa banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan