awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Azalina bentang Kerangka Akauntabiliti MADANI di CLMM 2026 Fiji
“Melaka Tourism Passport” tawar penjimatan hingga RM268 bagi 63 produk pelancongan
Vietnam mulakan pembinaan stadium terbesar dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di Sarawak berkurangan, Sabah kekal

Bernama
Bernama
08/02/2025
13:13 MYT
Mangsa banjir di Sarawak berkurangan, Sabah kekal
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan walaupun jumlah mangsa banjir kekal 721 daripada 212 keluarga setakat 8 malam ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak menunjukkan pengurangan manakala Sabah kekal, setakat 8 malam ini.
Di SARAWAK jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 3,082 orang berbanding 3,454 orang sebelum ini dengan tiga lagi PPS iaitu SMK Sebauh dan SMK Bekenu di Bahagian Miri serta Kompleks Sukan Kanowit di Bahagian Sibu ditutup menjadikan 16 PPS masih beroperasi setakat ini.
Bintulu mencatatkan penurunan jumlah mangsa kepada 1,775 orang berbanding 1,836 sebelum ini manakala mangsa di Mukah kekal 607 mangsa, menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak.
Penurunan jumlah mangsa agak ketara di Sibu apabila mangsa di PPS hanya 429 orang berbanding 737 petang tadi manakala di Miri pula berkurangan kepada 271 orang berbanding 274 sebelum ini.
Di SABAH, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan walaupun jumlah mangsa banjir kekal 721 daripada 212 keluarga setakat 8 malam ini, ia dijangka meningkat berikutan satu lagi daerah dilanda banjir.
Menurut kenyataan itu, daerah Membakut mengalami banjir 3 petang tadi melibatkan lima buah kampung yang terjejas.
"Kini proses pemindahan mangsa ke PPS Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Membakut," menurut kenyataan itu.
Sebanyak 430 orang (137 keluarga ditempatkan di tiga di PPS Beaufort, 278 orang (71 keluarga) di dua PPS daerah Kinabatangan dan 13 orang daripada empat keluarga di Tambunan, menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#Sabah
#Sarawak
#PPS
#JPBN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan