awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di Sarawak berkurangan, Sabah meningkat

Bernama
Bernama
03/02/2025
03:20 MYT
Mangsa banjir di Sarawak berkurangan, Sabah meningkat
Penduduk kampung menggunakan perahu di Kampung Hulu Serian yang dilanda banjir untuk berpindah. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak menunjukkan sedikit pengurangan pagi ini manakala di Sabah berlaku peningkatan.
Di SARAWAK, jumlah mangsa berkurangan kepada 10,068 orang pada 8 pagi berbanding 10,104 orang yang direkodkan malam tadi, dengan kesemua mereka berlindung di 46 PPS.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak, jumlah mangsa di bahagian Bintulu (melibatkan daerah Bintulu, Tatau dan Sebauh) ialah 4,901 orang manakala di bahagian Serian (daerah Serian, Siburan dan Balai Ringin) merekodkan 1,744 orang.
Bahagian Samarahan (daerah Samarahan, Asajaya, Sebuyau, Simunjan dan Gedong) mencatatkan 743 mangsa dengan sebuah PPS baharu dibuka di Sebuyau, manakala di bahagian Sibu (daerah Sibu, Selangau dan Kanowit) sebanyak 1,147 orang.
Mangsa banjir di bahagian Mukah (daerah Mukah dan Dalat) ialah 142 orang manakala 1,391 orang direkodkan di bahagian Miri (daerah Miri, Subis dan Beluru).
Di SABAH, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 196 orang daripada 55 keluarga pagi ini, berbanding 155 orang daripada 41 keluarga, malam tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah melaporkan pemindahan baharu di Kinabatangan malam tadi melibatkan 41 individu daripada 14 keluarga yang dipindahkan ke sebuah PPS manakala mangsa di Tongod kekal 155 orang.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir2024
#monsun timur laut
#Bah Kuning
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan