awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di Segamat naik mendadak kepada 1,136 orang

Muhammad Aiman Hakeem
Muhammad Aiman Hakeem
01/01/2022
14:11 MYT
Mangsa banjir di Segamat naik mendadak kepada 1,136 orang
Jumlah mangsa banjir di Segamat dijangka akan terus meningkat dengan lebih banyak PPS akan dibuka. - Astro AWANI
SEGAMAT: Mangsa banjir di Segamat, Johor naik mendadak kepada 1,136 mangsa daripada 290 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS), setakat jam 8 malam tadi.
Ia berbanding hanya 658 orang daripada 192 keluarga yang ditempatkan di sembilan PPS pada jam 12 tengah hari.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor R Vidyananthan berkata, ia termasuk penambahan 10 PPS yang baru dibuka, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 19 PPS yang beroperasi, sehingga 5 petang tadi.
Jelasnya, jumlah mangsa banjir di daerah itu dijangka akan terus meningkat dengan lebih banyak PPS akan dibuka.
"PPS yang dibuka adalah di Balai Raya Kampung Paya Lenga, Balai Raya Paya Lebar dan Balai Raya Kampung Gelang Chinchin
"Selain Sekolah Kebangsaan Tah Kang, Balai Raya Kampung Awat dan Balairaya Taman Bukit Lentang,
"Serta Balai Raya Kampung Jabi 1 dan Balai Raya Jalan Pemuda serta beberapa PPS yang lain.
"Mangsa banjir paling ramai ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Kampung Tenang yang menempatkan 267 mangsa daripada 73 keluarga, dan Sekolah Kebangsaan Batu Anam dengan 256 mangsa dari 70 keluarga," Katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.
Dalam pada itu, daerah Tangkak turut merekodkan 31 mangsa banjir daripada tujuh buah keluarga, yang ditempatkan di PPS Sekolah Agama Bandar Tangkak.
Topic Berkaitan
#banjir
#banjir segamat
#banjir johor
#mangsa banjir
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan