awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Muzium Pertanian di Kelantan dijangka beroperasi Jun 2026
Perkhidmatan pos Denmark hantar surat terakhir, tamatkan tradisi empat abad
UTM tutup tirai 2025 dengan rekod cemerlang akademik, penyelidikan dan inovasi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di tiga daerah menurun kepada 276 petang ini

Bernama
Bernama
06/10/2020
10:24 MYT
Mangsa banjir di tiga daerah menurun kepada 276 petang ini
Jumlah mangsa di dua PPB juga tidak berubah iaitu Dewan Muhibbah Tombol 9 mangsa dan Sekolah Menengah Agama Tun Said menempatkan 7 mangsa. - Gambar fail
KOTA KINABALU:Jumlah mangsa banjir di tiga daerah di negeri ini menurun sedikit kepada 276 daripada 82 keluarga setakat 4 petang ini berbanding 287 orang daripada 86 keluarga pagi tadi di enam pusat pemindahan banjir (PPB).
Jabatan Kebajikan Masyarakat menerusi aplikasi InfoBencana memaklumkan jumlah mangsa di empat pusat pemindahan banjir di daerah Kota Belud tidak berubah sejak pagi tadi, iaitu Dewan Masyarakat Tun Said masih menempatkan 131 mangsa dan Dewan Sekolah Kebangsaan Pekan Kota Belud 60 mangsa.
Jumlah mangsa di dua PPB juga tidak berubah iaitu Dewan Muhibbah Tombol sembilan mangsa dan Sekolah Menengah Agama Tun Said menempatkan tujuh mangsa.
Di Tuaran, mangsa banjir yang ditempatkan di Dewan Seri Sulaman menurun kepada 66 berbanding 77 orang pagi tadi manakala di Dewan Masyarakat Menggatal di sini kekal dengan tiga mangsa.
Kesemua mangsa banjir itu melibatkan 32 kampung dan beberapa laluan juga tidak dapat dilalui oleh semua kenderaan antaranya Jalan Kampung Bobot, Jalan Siasai Tamu dan Jalan Kampung Linau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#Sabah
#ppb
#Jabatan Kebajikan Masyarakat
#pusat pemindahan banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan