awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir Kemaman terus meningkat kepada lebih 2,000

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
20/11/2024
00:45 MYT
Mangsa banjir Kemaman terus meningkat kepada lebih 2,000
Setakat jam 8 pagi ini, sebanyak lima daerah di negeri itu masih lagi terjejas dan sebanyak 14 PPS diaktifkan. - Foto fail/BERNAMA
KEMAMAN: Situasi gelombang pertama banjir yang melanda Terengganu bertambah buruk dengan jumlah mangsa yang terjejas meningkat kepada 2,765 mangsa.
Setakat jam 8 pagi ini, sebanyak lima daerah di negeri itu masih lagi terjejas dan sebanyak 14 pusat pemindahan sementara (PPS) diaktifkan membabitkan daerah Kemaman, Dungun, Hulu Terengganu, Marang dan Setiu.
Menerusi laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, daerah Kemaman terus merekodkan mangsa tertinggi dengan 2,584 mangsa.
Sebanyak 554 keluarga itu kini ditempatkan di lima PPS.
Manakala di Hulu Terengganu pula sebanyak enam PPS dibuka bagi menempatkan 94 mangsa membabitkan 25 keluarga.
Sementara itu, seramai 69 mangsa daripada 19 keluarga yang terjejas ditempatkan di satu PPS di Setiu manakala di Marang, satu PPS dibuka sebagai tempat berlindung 13 mangsa daripada empat keluarga.
Dalam pada itu satu PPS yang diaktifkan malam tadi bagi menempatkan lima mangsa daripada satu keluarga di daerah Dungun.
Ketika ini, hujan melanda di beberapa tempat di negeri ini dan jumlah mangsa turut menunjukkan trend meningkat.
Topic Berkaitan
#hujan lebat
#banjir
#PPS
#mangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan