awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir kilat di Sri Gading meningkat kepada 255 orang

Bernama
Bernama
15/09/2022
13:50 MYT
Mangsa banjir kilat di Sri Gading meningkat kepada 255 orang
Mangsa banjir kilat di kawasan Sri Gading dekat sini meningkat kepada 255 orang setakat 8 malam ini berbanding 204 yang direkodkan pagi tadi. - Foto ihsan bomba
BATU PAHAT: Mangsa banjir kilat di kawasan Sri Gading dekat sini meningkat kepada 255 orang setakat 8 malam ini berbanding 204 yang direkodkan pagi tadi.
Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Johor, terdapat peningkatan mangsa dari Kampung Baru Seri Gading, antara lima kawasan yang terjejas banjir.
Setakat ini, sebanyak 72 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gading.
Turut terjejas penduduk Taman Sri Panchor, Kampung Sengkuang, Pekan Sri Gading dan Kampung Sri Tanjung.
Semalam, hujan lebat tanpa henti berlaku di daerah itu dari 1.30 hingga 5.30 pagi dan bertembung dengan air pasang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir kilat
#banjir Batu Pahat
#Sri Gading
#mangsa banjir
#Kampung Baru Seri Gading
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan