awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan dua lagi lelaki bantu siasatan kes bunuh di Sg Bakap
Mohamad Hasan gesa rakyat Malaysia di luar negara kerjasama rapat dengan kedutaan
Penempatan semula mesin pengimbas di KLIA T1, tingkat keselamatan, lancar aliran penumpang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir meningkat di Sungai Manik, Teluk Intan

Nazialita Geynna Maharan
Nazialita Geynna Maharan
03/12/2016
15:06 MYT
Mangsa banjir meningkat di Sungai Manik, Teluk Intan
Bilangan mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan di sekitar Kampung Pengkalan Ara, Sungai Manik, di Teluk Intan meningkat petang ini.- Foto Astro AWANI / Nazialita Geynna Maharan
Bilangan mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan di sekitar Kampung Pengkalan Ara, Sungai Manik, di sini meningkat sehingga ke 38 orang sehingga petang Sabtu.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Hilir Perak, SM Mohd Fazly Mohamad Zawawi berkata ketika mula dibuka pada 1 petang tadi, pusat itu menempatkan hanya 17 mangsa.‎‎
"Setakat pukul 7 petang, seramai 38 orang yang terdiri daripada 9 keluarga telah dipindahkan ke SK Pengkalan Ara dan semua pihak masih dalam keadaan berjaga-jaga untuk menguruskan lebih ramai berikutan kemungkinan air dijangka naik.
"Kami juga membantu memindahkan seorang mangsa banjir yang lumpuh ke pusat pemindahan dan jumlah mangsa melibatkan 14 lelaki, 13 wanita, 7 kanak- kanak lelaki dan 4 kanak-kanak perempuan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Beliau yang juga merangkap Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Hilir Perak itu berkata kawasan perkampungan tersebut sememangnya terletak di kawasan rendah dan hujan lebat yang berterusan menjadikan keadaan bertambah teruk.
Fazly berkata banjir setinggi 1 kaki tersebut turut melimpah masuk rumah di sekitar ruang tamu dan bilik tidur menyebabkan sembilan keluarga tersebut berasa agak cemas pada mulanya.
"Antara agensi terlibat adalah APM, Polis, Bomba, JKKK, Rela, Jabatan Kebajikan dan daripada Kementerian Kesihatan seramai 26 orang.
"Setakat ini, cuaca masih mendung manakala keadaan adalah terkawal,"katanya lagi.
Topic Berkaitan
#banjir Perak
#banjir Sungai Manik
#Kampung Pengkalan Ara
#Teluk Intan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan