KOTA BHARU: Salah seorang pelajar yang menjadi mangsa kejadian tangki air pecah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melor di sini menceritakan dia pernah bermimpi minggu lalu akan ditimpa 'kemalangan' bersama-sama rakan-rakannya ketika di sekolah.
Mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Mira, 14, berkata, dalam mimpi itu turut menunjukkan rakan-rakannya menerima rawatan di hospital, manakala dia hanya dirawat di klinik biasa.
"Saya masih terkejut dan tidak menyangka mimpi itu menjadi kenyataan. Apa yang berlaku hari ini sama sebagaimana mimpi tersebut.
"Semasa kejadian saya bersama empat rakan dalam perjalanan ke tandas selepas membeli barangan di koperasi pada waktu rehat.
"Ketika sedang berjalan di bawah laluan pejalan kaki, saya lihat ada titisan air jatuh dari tangki berkenaan dan sempat memberitahu rakan-rakan," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jambu Merah di sini pada Selasa.
Menurutnya, kejadian itu berlaku sepantas kilat dan dia hanya sempat melihat air dari tangki itu keluar seperti ombak besar menyebabkan mereka dihanyutkan.
Katanya, selepas kejadian itu dia terkejut melihat rakan-rakan sudah terbaring dibawa arus deras air tangki tersebut.
Mira yang mengalami luka di tangan kiri dan kepala berkata, salah seorang rakannya yang dikenali dengan nama Yam pengsan, manakala seorang lagi luka di kepala dan seorang lagi luka ringan.
Dia berkata, Yam dan rakannya yang mengalami luka di kepala sedang menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) manakala seorang lagi rakannya dibenarkan pulang.
"Saya hanya mendapat rawatan di klinik berhampiran sahaja dan masih trauma dengan kejadian tersebut sehingga sukar untuk menceritakan kembali kerana sedih serta takut," katanya yang beberapa kali menangis kerana masih berada dalam ketakutan.
Mira berkata, semasa kejadian bukan mereka berlima sahaja tetapi ada tiga lagi pelajar lelaki tingkatan dua serta seorang makcik kantin dan anaknya yang kebetulan ingin mengambil surat berhenti sekolah bagi menyambung pengajian.
Sementara itu, pelajar lelaki yang hanya ingin dikenali sebagai Angah, 14, berkata, air sangat deras sehingga dia terfikir akan mati pada waktu itu.
"Saya cuba berpaut pada tiang, tetapi disebabkan air sangat deras ia terlucut dari tangan menyebabkan saya dihanyutkan dan basah kuyup.
"Manakala seorang lagi rakan saya dihanyutkan dan seorang lagi sempat melarikan diri," katanya yang tidak mengalami sebarang luka tetapi demam mengejut disebabkan kejadian tersebut sehingga sukar untuk menceritakan kembali kejadian yang berlaku.
Menurutnya, semasa kejadian dia serta dua rakannya baru siap makan di kantin dan dalam perjalanan ke tandas.
Katanya, tiba-tiba mereka dikejutkan denga bunyi gegaran yang sangat kuat dan kemudian muncul air yang deras.
Sinar Harian sebelum itu melaporkan, beberapa pelajar SMK Melor, Ketereh di sini cedera selepas tangki air di sekolah berkenaan pecah pada Selasa.
Kejadian itu dimaklumkan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Mohd Radzi Md Jidin menerusi satu hantaran Facebook yang dimuat naik selepas selesai sesi menjawab pertanyaan lisan di Dewan Negara.
Mohd Radzi berkata, tangki air yang pecah itu menimpa laluan pejalan kaki di sekolah berkenaan menyebabkan pelajarnya mengalami kecederaan. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Aug 10 2022
Mira menunjukkan tangan kiri dan kepalanya yang mengalami luka akibat kejadian tangki air pecah di SMK Melor pada Selasa. -Foto Sinar Harian
Penjaja kecil rayu kekalkan tapak perniagaan di Dataran MBI
Pertimbangan daripada pihak MBI amat diharapkan bagi memberi peluang kepada mereka untuk berbincang dengan Datuk Bandar Ipoh.
Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah
Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 15 Disember 2024
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
AWANI Pagi: Khalwat & hak individu - Di mana batas penguatkuasaan?
Ikuti perbincangan mendalam #AWANIpagi bersama Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang yang akan mengupas isu prosedur tangkapan khalwat, hak individu, dan sejauh mana penguatkuasaan syariah dapat dilaksanakan dengan adil tanpa melanggar batas etika dan sensitiviti, Ahad ini jam 7.30 pagi.
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Mengenang Ananda | Pembina negara: Memanfaat teknologi, menerjah kemajuan
Jejak peninggalan Ananda Krishnan kekal mengakar dibumi, tatkala menerjah langit. Beliau bukan hanya meluaskan empayar perniagaan, tetapi juga mengukuhkan landskap ekonomi negera - dengan aspirasi beliau menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan moden.
Mengenang Ananda | Nilai Filantropi: Merealisasikan impian yang memerlukan
Bukan hanya bergelar hartawan, mendiang Ananda Krishnan terkenal dengan sikap dermawan, menyediakan pelbagai jenis biasiswa dan tajaan terutama dalam bidang pendidikan. Mendiang menubuhkan pelbagai badan kebajikan yang memfokuskan pembangunan pendidikan dan modal insan.
Mengenang Ananda | Legasi perniagaan: Merentas pelbagai sektor industri
Pemergian Ananda Krishnan meninggalkan legasi perniagaan yang membanggakan Malaysia. Individu berwawasan tinggi ini menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui pembinaan KLCC, penubuhan Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat.
ABC News setuju bayar saman fitnah AS$15 juta Trump, mohon maaf
Rangkaian berita itu akan membayar sebanyak AS$15 juta kepada sebuah badan kebajikan dan mengeluarkan permohonan maaf.
Lelaki sempat jerit minta tolong sebelum dibaham buaya
Mangsa berusia 28 tahun disambar reptilia itu ketika melalui jambatan kayu di kawasan setinggan tersebut.
Video tular papar 'air terjun' di sebuah pangsapuri
Video berdurasi tiga minit 59 saat itu turut menunjukkan beberapa kenderaan yang di parkir di pekarangan bangunan berkenaan terkena curahan air deras.
Mangsa dakwa pernah 'mimpi' kejadian tangki air pecah di sekolah
Mira mendakwa dalam mimpi itu turut ditunjukkan rakan-rakannya menerima rawatan di hospital.