JOHOR BAHRU: Polis mengesahkan berlaku penderaan ke atas seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang meninggal dunia ketika menerima di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini pada Isnin.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, hasil pemeriksaan mendapati kanak-kanak berkenaan mengalami kecederaan di seluruh badan dipercayai akibat dipukul termasuk dicucuh dengan objek panas.
Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan serius di seluruh badan dari kepala hingga kaki selain terdapat kesan kecederaan lama dan baru.
Kamarul Zaman berkata demikian bagi mengulas insiden seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang meninggal dunia dipercayai akibat didera oleh lima rakan kakaknya di sebuah rumah di Senggarang, Batu Pahat pada Jumaat.
Pada awalnya kes ini disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, namun polis mengklasifikasikan semula kes akibat kematian mangsa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
Kamarul Zaman berkata, hasil siasatan awal, mangsa yang merupakan anak bongsu daripada 11 beradik ini dijaga oleh kakak kandungnya yang berusia 19 tahun dan sudah berkahwin dengan lelaki berusia 37 tahun selepas ibu bapa mereka dimasukkan ke dalam penjara akibat kesalahan dadah.
Katanya, polis turut merampas barang yang disyaki digunakan untuk mendera mangsa antaranya antaranya batang besi 29 inci, penyangkut baju, jaring penutup kipas serta cadar dan sarung bantal.
Portal berita pada pagi Selasa melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia dipercayai selepas didera lima rakan kakaknya di sebuah rumah di Senggarang, Batu Pahat pada Jumaat.
Kanak-kanak malang yang dirawat di HSI sejak Jumaat lalu bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada jam 6.40 petang pada Isnin dan polis masih menunggu hasil bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian kanak-kanak malang itu.
Menurut Kamarul Zaman, Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat menahan lima individu berusia 15 hingga 37 tahun di sekitar Senggarang antara jam 12 tengah hari sehingga 9.45 malam pada Sabtu lalu.
Katanya, kelima-lima individu berkenaan ditahan reman selama tujuh hari bermula 25 hingga 31 Disember ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
"Kesemua yang ditahan melibatkan dua lelaki dan tiga wanita iaitu kakak kandung kanak-kanak berkenaan bersama suami serta tiga rakan wanita untuk siasatan lanjut.
Laporan asal ini diterbitkan ini di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Dec 27 2022
Kamarul Zaman, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat menahan lima individu berusia 15 hingga 37 tahun di sekitar Senggarang antara jam 12 tengah hari sehingga 9.45 malam pada Sabtu lalu. - Foto Sinar Harian
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
China minta Filipina henti provokasi
Reaksi itu diberi China selepas penasihat keselamatan negara Filipina menggesa pegawai kedutaan China diusir, pada Jumaat.
Serangan Rafah: Hanya sebuah hospital beroperasi
Hospital Kuwait kini menjadi satu-satunya institusi perubatan yang berfungsi di bandar dengan populasi lebih satu juta penduduk itu.
[TERKINI] PBB lulus resolusi iktiraf Palestin sebagai anggota penuh
PBB lulus resolusi mengiktiraf Palestin sebagai negara anggota penuh, dengan 143 negara mengundi menyokong,9 menentang dan 25 berkecuali.
Keputusan SPM kekal pada 27 Mei - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) mengekalkan tarikh keputusan pengumuman Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 pada 27 Mei ini, kerana yakin pelajar mempunyai masa mencukupi membuat persiapan permohonan kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT)
KPM perkasa sistem pendidikan sejajar titah Tunku Mahkota Ismail - Fadhlina Sidek
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif memperkasakan sistem pendidikan negara, selaras dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang mahukan langkah lebih proaktif dalam meningkatkan sistem dan kualiti sektor itu.
Kerajaan beri jaminan sedia rawatan susulan - Dr Dzulkefly
Malah KKM juga tegas beliau juga ada kaedah menyediakan bantuan diperlukan kepada penerima yang mengalami kesan sampingan daripada suntikan vaksin.
'Mangsa dipukul, dicucuh objek panas seluruh badan'
Polis mengesahkan berlaku penderaan ke atas seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang meninggal dunia ketika menerima di ICU, Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini pada Isnin.