awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa kebakaran paip gas Putra Heights terima bantuan RM1,000, keperluan sekolah

Shafiqa Azami
Shafiqa Azami
02/04/2025
02:10 MYT
Mangsa kebakaran paip gas Putra Heights terima bantuan RM1,000, keperluan sekolah
Fadhlina ketika hadir ke PPS Masjid Putra Heights bagi meninjau keadaan mangsa kebakaran paip gas. - Astro AWANI
SUBANG JAYA: Mangsa kebakaran paip gas yang berlaku di Putra Heights, Puchong, Selangor semalam akan menerima bantuan khas RM1,000 daripada Kementerian Pendidikan dalam masa terdekat.
Menterinya Fadhlina Sidek berkata, insentif itu sebagai satu sokongan menyalurkan bantuan buku teks serta keperluan persekolahan kepada murid yang terlibat.
Dalam pada itu pengaktifan pasukan kauselor dan sokongan pasukan akdemik akan turut dilakukan
“Kita juga akan mengaktifkan pasukan kaunselor kita di PPS ini. Begitu juga dengan pasukan sokongan akademik.
“Yang saya pasti anak ini belum boleh lagi memulakan persekolahan mereka minggu hadapan bergantung kepada keadaan persiapan dan kesihatan mereka.
“Mereka mungkin perlukan masa sedikit sehingga kita benar-benar dapat memastikan kebersediaan mereka secara psikologinya," katanya.
Dalam sidang tinjauan, Fadhlina memaklumkan bahawa seramai 102 murid dari 23 buah sekolah di sekitar Putra Heights terjejas akibat insiden ini, selain lima orang guru.
Daripada jumlah murid yang terjejas, empat daripadanya sedang menerima rawatan di hospital.
Beliau hadir ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Putra Heights pada jam 9 pagi untuk meninjau keadaan mangsa kebakaran paip gas yang berlaku di Putra Heights, Puchong, Selangor.
Setakat jam 8 pagi, jumlah mangsa yang berlindung di PPS tersebut meningkat kepada 109 keluarga, melibatkan 484 orang mangsa.
Topic Berkaitan
#kebakaran paip gas
#Putra Heights
#bantuan
#Fadhlina Sidek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan