Satu lagi kes jangkitan virus Zika dikesan melibatkan seorang lelaki berusia 67 tahun dari Petaling Jaya, menjadikan jumlah keseluruhan lapan kes dilaporkan di negara ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya menerima laporan jangkitan itu pada 14 Sept lalu yang dikesan melalui Sistem Survelan Virus Zika.
Beliau berkata pesakit telah mengalami gejala demam, loya dan cirit-birit pada 28 Nov dan menerima rawatan pertama pada 30 Nov di Klinik Kesihatan Tangling di sini, tetapi ujian darah tidak menunjukkan kelainan yang signifikan.
"Pada 1 Dis, pesakit kembali ke klinik dengan gejala bisa badan dan sendi namun saringan denggi menunjukkan keputusan negatif, dan kes dilaporkan ke Pejabat Kesihatan Petaling sebagai disyaki denggi dan pesakit diminta kembali setiap hari bagi memantau ujian darah.
"Sampel darahnya telah diambil dan dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) Sungai Buloh untuk ujian flavivirus yang lain (yellow fever, chikungunya dan Zika) selaras dengan protokol saringan flavivirus kebangsaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dr Noor Hisham berkata pada 9 Dis, MKAK memaklumkan keputusan positif bagi Zika dan sampel telah dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) untuk pengesahan di samping sampel tambahan air kencing, dan IMR mengesahkan ia juga positif bagi Zika pada 14 Dis.
Katanya aktiviti kawalan telah dilaksanakan di lokaliti kediaman dan tempat-tempat lain yang pernah dilawati pesakit di samping mengambil sampel darah dan air kencing keluarga terdekat untuk ujian saringan Zika.
"Selain itu, 'Active Case Detection' sedang dijalankan di kawasan kediaman kes untuk mengenal pasti sekiranya ada penduduk setempat yang mengalami gejala Zika," katanya.
Beliau berkata masyarakat dinasihatkan untuk memastikan kawasan di dalam dan di luar rumah sentiasa bersih dan bebas daripada tempat pembiakan nyamuk Aedes dan mengambil langkah-langkah perlindungan diri daripada gigitan nyamuk.
"Bagi individu yang mengalami gejala Zika seperti demam, ruam, sakit kepala, sakit otot dan konjunktivitis serta pernah melawat ke negara endemik Zika atau mempunyai hubungan kepada pesakit Zika, hendaklah berjumpa doktor dengan kadar segera," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 18 2016
DR NOOR HISHAM: Satu lagi kes jangkitan virus Zika dikesan melibatkan seorang lelaki berusia 67 tahun menjadikan jumlah keseluruhan lapan kes di negara ini. - Gambar fail
Zidane berminat jadi jurulatih Manchester United
Legenda bola sepak Perancis itu dikatakan memantau dengan teliti situasi Erik ten Hag di United walaupun telah mencapai persetujuan dengan Bayern.
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razarudin
Tan Sri Razarudin Hussein menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Persidangan Antarabangsa MAAFIM 2023 beri ilmu kepada pakar perubatan
Bertemakan 'Kaedah Yang Lebih Baik', lebih 350 pengamal perubatan dan peserta tempatan dan antarabangsa terlibat dalam persidangan itu kali ini.
Hartal Doktor Kontrak: Penambahan 4,186 jawatan tetap di KKM, satu perkembangan positif
Pengambilan itu memberi suntikan moral kepada petugas barisan hadapan itu untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan mendapatkan masa depan lebih cerah dalam bidang perubatan di negara ini.
Hartal Doktor Kontrak: Beri perhatian, selesaikan tuntutan mereka - Anwar
Anwar mendesak kerajaan menyelesaikan isu Hartal Doktor Kontrak yang menyaksikan pegawai perubatan mengadakan tunjuk perasaan secara aman di seluruh negara hari ini.
WHO lancar piagam tingkat kadar keselamatan pekerja kesihatan
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melancarkan sebuah piagam menggesa negara-negara meningkatkan langkah keselamatan melindungi pekerja sektor kesihatan.
Balu kepada doktor temui COVID-19 terima 'hadiah terakhir' dari suami
Balu kepada seorang doktor yang pernah memberi amaran tentang penularan wabak virus pembunuh COVID-19, Dr. Li Wenliang, selamat melahirkan seorang bayi lelaki.
Noor Hisham minta petugas terus tabah, jaga keselamatan diri
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyeru petugas kesihatan agar terus tabah dan sentiasa menjaga keselamatan diri kerana mereka perlu terus memikul tanggungjawab penting dalam memerangi pandemik COVID19
COVID-19: Dalam menempuh cabaran ini, setiap daripada kita ialah wira!
Setiap profesion malah setiap orang dari pelbagai lapisan usia dan latar kerjaya memainkan peranan berdasarkan skop tugas masing-masing dalam tempoh ujian ini.
MyFundAction sumbang 1,242 smile pack kepada petugas barisan hadapan
Petugas barisan hadapan terutamanya doktor dan jururawat sudah tentu berdepan detik sukar dalam membantu pesakit dijangkiti Covid-19 di seluruh negara.
WHO puji kesiapsiagaan Malaysia tangani COVID-19 - Dzulkefly
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memaklumkan WHO memuji kesiapsiagaan dan keupayaan Malaysia dalam menangani wabak COVID-19.
Lelaki gila seks menyamar sebagai doktor diberkas polis
Lelaki gila seks menyamar sebagai doktor diberkas polis