KUALA LUMPUR:Timbul pelbagai persoalan mengenai kes kematian ke-352 di Sabah melibatkan seorang mangsa yang dikatakan berusia 130 tahun pada Sabtu.
Berikutan itu, Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini memberikan pencerahan mengenai identiti lelaki bukan warganegara itu.
Menurut kenyataan media KKM, usia sebenar lelaki itu tidak dapat disahkan kerana ketiadaan dokumen pengenalan sewajarnya, sebaliknya maklumat mengenainya hanya diperoleh daripada keluarga dan pihak berkuasa tempatan sahaja.
"Sedikit pencerahan mengenai kematian ke-352 (iaitu kes ke-35,037) di Sabah yang melibatkan seorang lelaki bukan warganegara yang dilaporkan berusia 130 tahun.
“Memandangkan arwah tidak mempunyai sebarang dokumen pengesahan diri yang sah, maklumat yang diterima adalah terhad, termasuklah usia arwah,” jelas kementerian itu.
BACA: COVID-19: 1,309 kes baharu, 3 kematian, 1,333 pesakit sembuh
BACA: Kerajaan akan pastikan vaksin selamat, berkesan, stabil
Bagaimanapun, memetik laporan portal Harian Metro, yang menemu bual anaknya, Kimri Talib, 49, dia mengesahkan bapanya yang meninggal dunia 2 November lalu berusia 130 tahun.
Berdasarkan catatan rekod Guinness World Records, individu tertua di dunia adalah Louise Calment yang meninggal dunia pada usia 122 tahun pada 1997.
Jika benar arwah berusia 130 tahun, dia menjadi korban tertua akibat COVID-19 di Malaysia dan dunia, malah menjadi manusia paling tua di dunia sebelum ini.
Faris Danial Razi
Sun Nov 29 2020

Maklumat mengenai latar belakang arwah hanya diperoleh daripada kaum keluarga beliau dan juga pihak berkuasa tempatan. -Gambar fail

13 anggota sindiket dadah terbesar di Johor didakwa esok - Ayob Khan
13 anggota sindiket dadah terbesar negara termasuk ketua sindiket terbabit dan teman wanitanya selaku 'akauntan' akan didakwa di mahkamah Majisteret pada Selasa.

Kain Rentang | Desak Ahmad Zahid letak jawatan, laporan polis dibuat
UMNO bahagian Tanjung Malim membuat laporan polis berhubung kain rentang yang mendesak Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO. Melalui akaun Facebooknya pada Isnin, pemangku Ketua Bahagian, Mohd Zaidi Aziz menafikan ia dilakukan oleh ahli UMNO di bahagiannya.

PKP 2.0 | Polis Terengganu kesan 12 laluan tikus
Polis Terengganu ketatkan kawalan dan rondaan di laluan tikus bagi menghalang pergerakan rentas negeri dan daerah sepanjang tempoh PKP 2.0. Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata sebanyak 12 laluan tikus dikenal pasti di daerah Besut dan Kemaman.

LPT2 | Pengguna harap pengurusan tingkat tahap keselamatan
Pengguna Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2 meminta pihak pengurusan lebuh raya berkenaan mengambil tindakan sewajarnya berhubung kerosakan pagar keselamatan di yang menyebabkan haiwan ternakan bebas memasuki lebuh raya itu sehingga membahayakan keselamatan mereka, terutamanya pada waktu malam.

Jenayah | PGA rampas ketum lebih 1 tan
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menggagalkan cubaan untuk menyeludup lebih satu tan daun ketum bernilai RM33,390 ke negara jiran. Menurut Komander PGA Briged Utara, Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji, rampasan itu hasil operasi berasingan di Padang Besar dan Kuala Perlis.

TERKINI: Pemuda UMNO Perak teguh bersama Presiden

AWANI Ringkas: PGA gagalkan cubaan seludup 1 tan ketum | 10 tahun untuk Golongan miskin pulih pandemik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (1:00PM).

Wanita 85 tahun kembali 'ketuk pintu' rumah jagaan selepas 10 hari diisytihar mati akibat COVID-19
Seluruh ahli keluarga Rogelia Blanco telahpun difahamkan bahawa wanita itu telah selamat dikebumi.

Jangan dibiar api kecil membakar tiang - Pemuda UMNO Perak teguh bersama Zahid
Pemuda UMNO Negeri Perak yakin dengan kekuatan yang telah dibina oleh Presiden parti dalam menegakkan layar disaat UMNO dipukul ombak.

Zii Jia, lima beregu layak ke final Jelajah Dunia HSBC BWF
Kesemua mereka layak ke kejohanan akhir musim itu selepas tersenarai dalam lapan pemain dan beregu terbaik bagi setiap kategori.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 24 Januari 2021.

Polis siasat dakwaan pesakit COVID-19 langgar kuarantin, bebas ke tempat awam
Menerusi Twitter, pesakit itu memberitahu ada keluar ke tempat umum beberapa kali, termasuk untuk membeli belah dan membeli makanan.

Pasar Borong Pandan ditutup seminggu berikutan kes COVID-19
Pasar terbabit akan beroperasi semula selepas kerja-kerja sanitasi selesai dilakukan mengikut tarikh ditetapkan.

COVID-19: 9 kluster baharu dikesan, 8 daripadanya kluster tempat kerja
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesan sebanyak sembilan lagi kluster baharu COVID-19 pada Ahad.

COVID-19: 3,346 kes baharu, 4,427 kes sembuh dicatatkan
Malaysia mencatatkan sebanyak 3,346 kes jangkitan baharu COVID-19 pada Ahad dengan 11 lagi kes kematian.

COVID-19: Pejabat KWSP Jalan Raja Laut ditutup bermula esok
Pejabat dan kaunter Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur akan ditutup bermula esok selepas salah seorang kakitangannya disahkan positif COVID-19.

COVID-19: Percaya dengan sirap herba, akhirnya Menteri Kesihatan Sri Lanka disahkan positif
Beliau sebelum ini dikritik kerana menyokong dan mengamalkan minum sirap herba yang dibuat oleh bomoh, kononnya penawar kepada COVID-19.

Bekalan darah negara menyusut, keprihatinan orang ramai ditagih
PDN menyasarkan sekurang-kurang 3,500 beg darah untuk kegunaan seminggu.

COVID-19: CAC cadangan yang baik namun menguruskannya lebih penting- Pakar
KKM perlu menambah kakitangan dalam kadar segera terutamanya selepas lebih banyak Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) bakal dibuka selepas ini.

COVID-19: Satu kes dalam komuniti babitkan wanita Msia di Singapura pada Jumaat
Wanita berkenaan adalah rakan sekerja kepada Kes 59429, seorang lelaki Pemastautin Tetap Singapura berusia 39 tahun yang juga seorang petugas bahagian pemasaran di tempat sama.