awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China larang pemegang pintu tersembunyi pada EV demi aspek keselamatan
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan akan pastikan vaksin selamat, berkesan, stabil

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
29/11/2020
04:07 MYT
Kerajaan akan pastikan vaksin selamat, berkesan, stabil
Bagi memastikan ketiga-tiga syarat itu dipatuhi, vaksin itu akan melalui proses penilaian dan pengujian daripada badan pengawal selia yang diiktiraf Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). - Gambar fail
KUALA LUMPUR :Kerajaan akan memastikan vaksin COVID-19 yang memasuki Malaysia menepati tiga syarat utama ditetapkan iaitu selamat, berkesan dan stabil.
Bagi memastikan ketiga-tiga syarat itu dipatuhi, vaksin itu akan melalui proses penilaian dan pengujian daripada badan pengawal selia yang diiktiraf Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Ahmad Amzad Hashim berkata, apabila sampai ke Malaysia, vaksin itu juga tertakluk kepada syarat ketat ditentukan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).
“Malaysia sangat menekankan tiga perkara terhadap apa-apa vaksin yang mahu diguna pakai dalam negara kita. Pertama ia mestilah selamat.
“Vaksin apabila digunakan, sudah tentu sama juga dengan ubat, vaksin mungkin akan ada kesan sampingan tapi kita tak mahu ada kesan sampingan teruk yang boleh jejaskan populasi rakyat Malaysia.
“Maka kerana itu, Malaysia akan pastikan vaksin itu selamat,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Astro AWANI pada Ahad.
Tambah beliau, vaksin yang sampai ke Malaysia juga harus terbukti berkesan dan setakat ini, kebanyakan vaksin yang dalam pertimbangan kerajaan menunjukkan tahap keberkesanan yang tinggi.
“Ketiga, ia mestilah stabil. Walaupun ia berkesan, baik dan selamat tapi kalau proses untuk kendalikannya menyebabkan ia terjejas dari segi kestabilan vaksin, ia boleh jejaskan keselamatan dan keberkesanan vaksin itu sendiri,” ujarnya.
Dalam pada itu, Ahmad Amzad berkata pihaknya juga akan menubuhkan jawatankuasa komunikasi bagi memastikan semua maklumat berkaitan vaksin sampai kepada rakyat.
Topic Berkaitan
#vaksin
#selamat
#stabil
#berkesan
#MOSTI
#WHO
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#Bahagian Regulatori Farmasi Negara
#NPRA
#kesihatan
#rakyat
#keselamatan
#kerajaan
#COVID-19
#Malaysia
#menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan