awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa lemas beria-ia mahu beriadah di pantai sebelum menemui ajal

Bernama
Bernama
19/02/2024
14:10 MYT
Mangsa lemas beria-ia mahu beriadah di pantai sebelum menemui ajal
Nora Elina tidak menyangka percutian mereka sekeluarga buat pertama kali di Terengganu itu, berakhir dengan tragedi. - Bernama
KUALA TERENGGANU: Balu kepada Allahyarham Zulkarnain Mohamed Zubir yang ditemukan lemas berkata arwah suaminya beria-ia mahu beriadah di pantai ketika sampai di Kuala Terengganu, Jumaat lepas.
Nora Elina Abdul Khalit, 44, berkata beliau tidak menyangka percutian mereka sekeluarga buat pertama kali di Terengganu itu, berakhir dengan tragedi.
Bagaimanapun beliau tetap reda dan menganggap pemergian arwah sebagai ujian Allah, yang mahu mengurniakan nikmat syahid kepada suaminya yang berusia 44 tahun itu.
"Arwah ketika sampai dan sebelum datang (ke Terengganu) selalu sebut nak mandi pantai...nak mandi pantai. Itu sahaja yang dia asyik cakap.
"Selain bercuti saya juga sebenarnya datang atas tujuan kerja iaitu memberi taklimat di Balai Raya Tokku (di sini) Sabtu lalu," katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah hari ini.
Nora Elina berkata walaupun sedih, beliau berasa amat lega kerana mayat arwah suaminya ditemukan dalam tempoh singkat, serta dapat dikebumikan dengan sempurna.
Justeru beliau amat berterima kasih kepada semua pihak terutama agensi keselamatan, yang bertungkus-lumus mencari mangsa.
"Saya tak putus-putus berdoa supaya jenazah suami dapat ditemui dan dikebumikan dengan baik. Doakan supaya arwah dikurniakan mati syahid idaman setiap orang Islam," katanya.
Nora Elina berkata jenazah akan dibawa pulang ke Kuala Lumpur malam ini, selepas selesai urusan bedah siasat dan akan dikebumikan esok di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9 Kota Damansara di Selangor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Zulkarnain Mohamed Zubir
#balu mangsa lemas
#Kuala Terengganu
#nora elina abdul khalit
#percutian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan