SHAH ALAM: Dua mangsa nahas kejadian pesawat ringan model BK 160 Gabriel yang terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar, Klang pada Selasa ditemukan berada di dalam kokpit pesawat pada kedalaman 1.52 meter di dalam tanah, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Selangor, Wan Md. Razali Wan Ismail.
Dalam satu kenyataan pada Selasa, beliau berkata, mangsa pertama berjaya dikeluarkan pada pukul 7.06 malam disusuli mangsa kedua 11 minit kemudian.
"Kedua-dua mangsa berada di dalam kokpit pesawat ketika ditemui, meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.
Wan Md Razali berkata, usaha pencarian dilakukan oleh pihak bomba dengan menggunakan kaedah "sweeping" dalam jarak 800 meter daripada cebisan sayap pesawat sehingga ke bangkai utama pesawat yang dipercayai terjunam ketika penerbangan.
Beliau berkata, pihaknya juga menggunakan kaedah penggalian secara manual dengan bantuan jentera berat berdasarkan cebisan-cebisan mayat yang ditemukan di sekitar bangkai pesawat.
Katanya, kerja mencari mangsa juga dibantu pasukan bomba sukarela, polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan penduduk sekitar.
Terdahulu, media melaporkan juruterbang dan seorang pembantu juruterbang disahkan maut nahas terbabit dan kedua-dua mayat itu dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk proses bedah siasat.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, mengikut manifes yang didaftarkan, nama mangsa yang terbunuh ialah juruterbang Daniel Yee Hsiang Khoon, 30, dan pembantu juruterbang Roshaan Singh Raina, 42. - BERNAMA
Bernama
Tue Feb 13 2024
Dua mangsa nahas kejadian pesawat ringan model BK 160 Gabriel yang terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar, Klang pada Selasa ditemukan berada di dalam kokpit pesawat pada kedalaman 1.52 meter di dalam tanah.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pihak berkuasa tidak ketepi serangan pengganas punca pesawat terhempas di Vilnius
Serangan pengganas tidak boleh diketepikan sebagai punca pesawat kargo terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius awal pagi tadi, kata polis.
Pesawat kargo DHL terhempas di kawasan perumahan
Sekurang-kurangnya seorang maut selepas sebuah pesawat kargo yang beroperasi bagi pihak DHL terhempas berhampiran Lapangan Terbang Vilnius.
2 maut pesawat peronda terhempas di Colorado
Dua orang maut manakala seorang lagi cedera parah dalam kemalangan pesawat di Colorado, Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu, disahkan oleh pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.
3 maut pesawat berlanggar di Australia
Tiga individu maut selepas dua pesawat ringan berlanggar di udara sebelum terhempas di barat daya Sydney pada Sabtu, lapor Xinhua.
4 terkorban nahas pesawat di Pulau Sulawesi
Sebuah pesawat milik syarikat penerbangan Indonesia, SAM Air terhempas di wilayah Gorontalo, Pulau Sulawesi pada Ahad mengorbankan kesemua yang berada di dalamnya.
Pesawat enjin tunggal terhempas di Indiana, AS, empat terbunuh - Laporan
Pesawat itu dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Anderson Municipal, tetapi sebaliknya terhempas di ladang jagung.
Pesawat tentera India terhempas di negeri Rajasthan
Pesawat MiG-29 milik Tentera Udara India alami masalah teknikal yang kritikal, memaksa juruterbang melenting keluar dari pesawat.
5 warga China maut dalam nahas pesawat di Thailand
Operasi mencari dan menyelamat dijalankan selepas pesawat itu terhempas di hutan paya bakau sekitar 3.10 petang waktu tempatan.
Keluarga terima keputusan laporan akhir nahas Elmina
Keluarga mangsa nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam, tahun lepas menerima keputusan laporan akhir tragedi itu yang dikeluarkan hari ini.