awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa samun cedera di kepala, enam lelaki dicekup polis

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
11/02/2019
10:13 MYT
Mangsa samun cedera di kepala, enam lelaki dicekup polis
Antara barangan yang dirampas polis dalam tangkapan suspek. - Astro AWANI
Enam lelaki tempatan dicekup polis selepas disyaki terlibat secara langsung dalam kes samun seorang lelaki di Kampung Darau Lama, Manggatal, baru-baru ini.
Dalam kejadian jam 4.25 pagi pada 7 Februari lalu, mangsa, 47, cedera di bahagian kepala akibat diserang sekumpulan lelaki tidak dikenalinya sebelum melarikan wang tunai berjumlah RM800 serta telefon bimbit dimiliknya.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abdul Rakman berkata, ketika insiden, mangsa difahamkan berada di luar rumahnya sebelum didatangi sekurang-kurangnya tiga hingga empat lelaki lalu bertindak memukulnya dari arah belakang sehingga jatuh pengsan.
"Beg mangsa yang mengandungi wang tunai dan telefon bimbit dipercayai dilarikan oleh suspek terlibat.
"Pihak polis yang menerima maklumat berhubung insiden itu daripada orang awam kemudiannya bergegas ke lokasi untuk membuat pemeriksaan lanjut," katanya.
Menurut beliau, bertindak atas maklumat dan risikan, pihaknya melakukan dua serbuan di kawasan Manggatal pada 7 dan 8 Februari lalu sebelum berjaya memberkas enam suspek terlibat.
"Kesemua suspek lelaki yang ditahan adalah berusia antara 19 hingga 39 tahun.
"Suspek-suspek tersebut kini direman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan atas kesalahan samun sehingga mendatangkan kecederaan," katanya.
Mengulas lanjut, mangsa yang mengalami luka dibahagian kepala akibat dipukul suspek sudah mendapatkan rawatan di Hospital Queen Ellizabeth (HQE).
Tambahnya, polis turut berjaya merampas beberapa barangan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan, antaranya adalah tujuh telefon bimbit, sejumlah wang tunai dan sebuah motosikal jenama Yamaha Y15.
Topic Berkaitan
#jenayah
#Manggatal
#mangsa
#polis
#samun
#serangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan