awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa tanah runtuh kontraktor lantikan, bukan warga kerja air Selangor

Bernama
Bernama
11/03/2022
06:34 MYT
Mangsa tanah runtuh kontraktor lantikan, bukan warga kerja  air Selangor
Seorang mangsa insiden tanah runtuh di Taman Bukit Permai, Ampang, semalam adalah pekerja kontraktor lantikan syarikat berkenaan dan bukan warga kerja Air Selangor.
KUALA LUMPUR: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menjelaskan seorang mangsa insiden tanah runtuh di Taman Bukit Permai, Ampang, semalam adalah pekerja kontraktor lantikan syarikat berkenaan dan bukan warga kerjanya.
Air Selangor dalam kenyataan hari ini menjelaskan dalam insiden itu, seramai enam pekerja kontraktor lantikan Air Selangor berada di kawasan tersebut bagi melaksanakan pemeriksaan tapak serta kerja-kerja pembaikan paip injap.
"Air Selangor merakamkan rasa dukacita terhadap tragedi yang menimpa seorang pekerja kontraktor lantikan Air Selangor itu. Sewaktu insiden tersebut, seorang daripada pekerja kontraktor lantikan kami terperangkap dan tidak berjaya melepaskan diri. (Beliau) bukan warga kerja Air Selangor.
"Kami di Air Selangor berdukacita dan amat mengambil berat atas implikasi insiden tanah runtuh yang menimpa semua mangsa khususnya pekerja kontraktor kami yang berada di tapak," katanya menerusi kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut Air Selangor menitikberatkan keselamatan dan kesejahteraan semua warga kerja mereka tidak terkecuali para pekerja kontraktor yang bertugas di tapak.
Air Selangor akan terus bekerjasama bersama pihak berkuasa dan pihak berkenaan bagi membantu pekerja-pekerja kontraktor syarikat lantikan yang terkesan dengan insiden berkenaan.
Semalam 13 kawasan sekitar Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan kerja-kerja kecemasan bagi pembaikan paip pecah di Jalan Kuari, Kampung Cheras Baru, dan dijangka pulih sepenuhnya awal pagi esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Air Selangor
#Taman Bukit Permai
#tanah runtuh
#kontraktor lantikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan