awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Xiaomi mula keluarkan Modular Camera System, pelancaran dijangka di MWC 2026
Mahkamah Persekutuan putuskan perkataan "menghina" dan "menjengkelkan" selaras Perlembagaan
Jawatankuasa khas selaras pengurusan hal ehwal bukan Islam ditubuh di semua negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa tanah runtuh Sungai Ruil terima kunci kuarters sementara

Bernama
Bernama
07/02/2024
13:21 MYT
Mangsa tanah runtuh Sungai Ruil terima kunci kuarters sementara
JAKOA memaklumkan pelbagai bantuan telah disalurkan agensi berwajib bagi meringankan beban 16 keluarga yang terjejas. - FB Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
KUALA LUMPUR: Enam belas keluarga yang terjejas akibat tanah runtuh di Sungai Ruil, Cameron Highlands pada 12 Okt tahun lepas boleh menarik nafas lega apabila menerima kunci kuarters penempatan sementara bermula 1 Feb daripada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) Pahang.
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dalam kenyataan memaklumkan TNB menjalankan kerja-kerja baik pulih kuarters melibatkan cat, pemasangan wayar dan paip secara CSR dengan nilai RM103,000 dan pengecualian deposit sewaan selama tiga bulan.
"TNB juga berbesar hati dengan memberi sumbangan berupa periuk nasi elektrik bagi setiap ketua isi rumah yang mendiami kuarters tersebut sehingga kerja-kerja pembaikan cerun selesai pada November 2025," menurut kenyataan itu.
Majlis Simbolik Penyerahan Kunci Kuaters TNB Sungai Ruil kepada JAKOA diadakan pada 5 Februari (Isnin), dan disampaikan oleh Pengurus Besar TNB Negeri Pahang Datuk Baderul Sham Saad.
JAKOA memaklumkan pelbagai bantuan telah disalurkan agensi berwajib bagi meringankan beban 16 keluarga yang terjejas.
"Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga turut sama mendengar taklimat oleh agensi berwajib ketika lawatan beliau pada 6 Jan lepas serta berkesempatan menyantuni penduduk terlibat yang berteduh di Dewan Komuniti Sungai Ruil," menurut kenyataan itu.
Dalam kejadian 10.56 pagi itu, cerun di penempatan Orang Asli Sungai Ruil runtuh menyebabkan enam buah rumah dan beberapa kenderaan milik penduduk terjejas.
Penduduk yang terjejas diarah mengosongkan kediaman masing-masing atas faktor keselamatan dan ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Kampung Sungai Ruil sejak kejadian itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#Sungai Ruil
#Cameron Highlands
#penempatan sementara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan