awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
Clinton setuju beri keterangan dalam diasatan Dewan Perwakilan berkaitan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Manifesto pengguna untuk parti politik

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
04/04/2013
11:40 MYT
Manifesto pengguna untuk parti politik
Musim pilihan raya adalah masa yang sesuai untuk parti-parti politik untuk menarik pengundi dengan janji-janji manis termasuk menerusi manifesto masing-masing. Walau bagaimanapun, situasinya agak berbeza kali ini.
Kumpulan pengguna tampil dengan manifesto mereka sendiri dan sekiranya mana-mana parti politik ingin menang dalam pilihan raya umum akan datang, mereka patut membacanya dan tahu apa tuntutan kumpulan itu.
Manifesto itu yang digelar Manifesto Tuntutan Pengguna untuk Pilihan Raya Umum ke 13, adalah initiatif Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA).
Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Paul Selvarajah berkata manifesto itu adalah hasil kaji selidik yang dilakukan ke atas 40,000 rakyat Malaysia melalui Kempen Pengguna Kebangsaan mereka.
“Kami mengumpul maklumat mengenai kehendak rakyat dan harapan mereka dalam tempoh satu tahun. Kami menerbitkan manifesto itu petama kali pada Jun tahun lepas dengan harapan parti-parti politik yang akan bertanding mengambil iktibar daripadanya, "katanya kepada Astro Awani.
Paul berkata manifesto itu dibuat berdasarkan lapan hak pengguna.
“Lapan hak tersebut adalah hak mendapat keperluan asas, keselamatan, pilihan, maklumat, ganti rugi, pendidikan pengguna, alam sekitar yang sihat dan selamat dan hak bersuara,” kata beliau.
Beliau juga berkata antara perkara pokok yang rakyat ingin diselesaikan ialah harga makananan, isu pengangkutan awam, kebimbangan terhadap jenayah dan penjagaan kesihatan.
Klik disini untuk membaca manifesto penuh.
Apa pu;la pendapat anda? Bersetuju dengan tuntutan ini?
Kongsi pandangan bersama Astro Awani.
Topic Berkaitan
#Datuk Paul Selvarajah
#Fomca
#Manifesto
#pilihan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan