Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina Alan Peter Schramm Cayetano telah menjelaskan bahawa Manila tidak terlibat dalam kenyataan mengenai isu berkaitan tuntutan ke atas Sabah.
Beliau berkata semasa Pemukiman Menteri Luar ASEAN di Singapura baru-baru ini, beliau tidak membangkitkan perkara mengenai tuntutan ke atas Sabah sambil berkata tuntutan itu tidak pernah diiktiraf oleh Malaysia dan kerajaan negeri Sabah.
Tetapi beliau berkata, Cayetano telah menemuinya untuk menjelaskan bahawa, "kerana politik, ada seseorang yang cuba mempromosikan dirinya", dan menambah Setiausaha Luar Filipina itu tidak menyebut sebarang nama.
"Beliau (Cayetano) berkata Malaysia dan Filipina menjalin hubungan dua hala yang baik, jadi kami tidak mahu satu kenyataan mengeruhkan hubungan kami.
"Saya hanya mengucapkan terima kasih dan kami sangat menghargai penjelasan itu," kata beliau ketika ditemui pemberita pada program bersama masyarakat Cina di kawasan Parlimen Kimanis di sini pada Jumaat.
Bulan lepas, anggota Jawatankuasa Perundingan Filipina, Aquilino Pimentel Jr, yang dilantik untuk mengkaji Perlembagaan Filipina 1987 berkata, beliau akan mencadangkan kemasukan Sabah dalam Filipina sebagai sebahagian daripada peralihan negara itu ke sistem kerajaan persekutuan.
Anifah juga berkata butiran mengenai hak-hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 sedang dibincangkan dengan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
"Terdapat perbincangan mengenai beberapa butiran dan kami merujuk mengenai hasil yang boleh dicapai.
"Ia adalah proses yang berterusan...tetapi ia amat menggalakkan (dengan Peguam Negara), jadi saya meminta supaya kita dapat mengemukakan sesuatu kepada Perdana Menteri dan kabinet menjelang akhir bulan ini," kata beliau.
Semasa Perhimpunan Agung UMNO pada Disember tahun lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan bersedia untuk memberi balik hak-hak Sabah dan Sarawak yang mungkin terambil pada masa lepas seperti dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 09 2018
ANIFAH: Malaysia dan Filipina menjalin hubungan dua hala yang baik, jadi janganlah hanya kerana satu kenyataan boleh mengeruhkan hubungan.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Parti Cinta Sabah kini komponen baharu dalam GRS
Kesemua presiden parti dalam Gerakan Rakyat Sabah (GRS) secara sebulat suara menerima Parti Cinta Sabah (PCS) menjadi komponen dalam gabungan itu.
Perkasa pembangunan Wilayah Persekutuan Labuan - Anifah
Usaha membangunkan Wilayah Persekutuan Labuan perlu diperkasakan dan melalui proses transformasi supaya wilayah itu berada pada landasan tepat bagi menuju era digitalisasi.
Anifah Aman kecewa masalah air Labuan berlarutan, sukar tarik pelabur
Dewan Rakyat pada 13 Oktober lepas meluluskan RUU bagi meminda Akta SPAN 2006, bertujuan memperkemas tadbir urus dan memperkukuh SPAN.
Bekas Menteri Luar Anifah Aman dilantik Pengerusi Perbadanan Labuan
Bekas Menteri Luar Senator Tan Sri Anifah Aman telah dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan (LC) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 19 Jun 2023.
Kerjasama kunci utama pamerkan potensi Asia - Anifah Aman
Kerjasama yang ikhlas dan bermakna merupakan kunci untuk mengungkap potensi besar Asia dan akan membolehkan terwujudnya aturan dunia multipolar.
Pelantikan Anifah sebagai Senator akan tingkatkan ekonomi Labuan - LCC
Dewan Perdagangan Labuan (LCC) berharap Senator Datuk Seri Anifah Aman yang baru dilantik dapat membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi pulau bebas cukai itu.
16 senator angkat sumpah Ahli Dewan Negara
Mereka ialah ADUN Kedah Abdul Nasir Idris, Setiausaha PAS Kedah Musoddak Ahmad, Dr A. Lingeshwaran, Amir Ghazali dan Presiden PCS Datuk Seri Anifah Aman.
Utamakan segera pelaksanaan Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan - Anifah Aman
Parti Cinta Sabah menggesa Kerajaan Pusat dan Kerajaan Sabah untuk mengutamakan pelaksanaan Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.
PRU15: "Saya tidak tahu perjanjian dengan Anifah" - Ismail Sabri
Perdana Menteri jawab dakwaan Anifah ditawar jawatan menteri oleh Presiden UMNO sekiranya BN tubuh kerajaan selepas PRU15.
PRU15: Anifah akan bantu kempen PH di Ranau - Anwar
Anifah akan membantu calon PH di Ranau yang diwakili oleh Apirin Jahalan @ Taufik Sham.