awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AstroBIZ: Brew Nation Kitchen lebih bergaya bersama Astro BizOne
Bekas PM Bangladesh Khaleda Zia meninggal dunia
AFCON: Tuan rumah tamatkan peringkat kumpulan dengan kemenangan bergaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mansuh undang-undang zalim: Kerajaan tubuh jawatankuasa

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
03/06/2018
12:21 MYT
Mansuh undang-undang zalim: Kerajaan tubuh jawatankuasa
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata jawatankuasa yang telah mendapat kelulusan kabinet itu akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim. - Gambar fail
Kerajaan hari ini mengumumkan penubuhan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji undang-undang sedia ada yang dilihat menindas rakyat di negara ini.
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata jawatankuasa yang telah mendapat kelulusan kabinet itu akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim.
“Jawatankuasa ini adalah seiring dengan Manifesto Pakatan Harapan yang akan menghapuskan undang-undang yang dilihat menindas rakyat.
“Antara undang-undang yang akan dikaji seperti Akta Pencegahan Jenayah (POCA), Akta Pencegahan Keganasan (POTA), Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (SOSMA) dan beberapa lagi,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada hampir 250 penduduk kariah Parlimen Batu di Masjid Saidina Hamzah sini hari ini.
Ujar beliau, antara individu yang bakal menyertai jawatankuasa itu termasuk pakar perundangan, ketua setiausaha kementerian-kementerian terlibat dan badan bukan kerajaan (NGO).
Bagaimanapun, beliau tidak dapat mengesahkan jumlah keanggotaan dan tarikh mesyuarat pertama yang bakal berlangsung.
Sebelum ini, Pengerusi Pakatan Harapan yang juga Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beberapa akta seperti Anti-berita Tidak Benar 2018, Akta Hasutan 1948, Akta Pencegahan Jenayah 1959, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 akan dihapuskan.
Katanya undang-undang tersebut bersifat zalim dan menindas rakyat.
Malah, Pakatan Harapan juga berjanji akan memansuhkan peruntukan zalim yang terdapat dalam Kanun Keseksaan, Akta Komunikasi dan Multimedia, Akta Kesalahan Keselamatan, Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Akta Pencegahan Keganasan 2015.
Topic Berkaitan
#akta hasutan
#kabinet
#KDN
#Kementerian Dalam Negeri
#keselamatan
#Mahathir Mohamad
#Muhyiddin Yassin
#Pakatan Harapan
#Perdana Menteri
#rakyat
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan