Kementerian Pendidikan diminta membuat kajian secara terperinci berhubung cadangan memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Pensyarah Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Wan Marzuki Wan Jaafar berkata, peperiksaan itu penting bagi menilai pencapaian murid di peringkat sekolah rendah.
“UPSR masih penting dan diperlukan untuk menilai tahap pengukuhan akademik terutama dalam mata pelajaran sains dan teknologi serta bukan akademik termasuk kemahiran setiap murid.
“Bagi saya, ia wajar dikekalkan kerana masih relevan bagi penarafan murid untuk belajar bersungguh-sungguh dan lebih bersedia sebelum memasuki sekolah menengah,” katanya kepada Sinar Harian, pada Isnin.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai gesaan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mahu UPSR dimansuhkan dalam usaha transformasi sistem pendidikan berteraskan penilaian peperiksaan, selain melahirkan murid yang lebih baik.
Menurut Wan Marzuki, kementerian juga perlu melihat sama ada dasar baharu itu jauh lebih baik daripada sedia ada.
“Kita pun tidak pasti apa yang bakal digantikan dengan UPSR. Tetapi bila hendak ditransformasikan, mesti ia lebih baik daripada apa yang ada sekarang.
“Jadi kajian menyeluruh dan terperinci perlu dijalankan untuk melihat kebaikan, kelemahan serta apa yang perlu untuk ditambah baik,” katanya.
Katanya, hanya sistem pendidikan yang memberi penekanan seimbang antara pencapaian akademik dan aktiviti kokurikulum dapat membentuk sistem pendidikan yang holistik.
“Rasional bahawa peperiksaan UPSR membawa kepada sistem pendidikan yang menjurus kepada peperiksaan tidak boleh dinafikan tetapi pemansuhan peperiksaan berkenaan bukanlah penyelesaian terbaik,” katanya.
Sinar Harian
Tue Aug 06 2019

Hanya sistem pendidikan yang memberi penekanan seimbang antara pencapaian akademik dan aktiviti kokurikulum dapat membentuk sistem pendidikan yang holistik. - Gambar hiasan

COVID-19: 118 pekerja Pasar Borong KL positif COVID-19
Setakat ini, Pasar Borong KL ditutup sementara waktu bagi tujuan sanitasi.
![[SIDANG MEDIA] Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB) - 19 Jan 2021 [SIDANG MEDIA] Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB) - 19 Jan 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/33868543831611051788929/1886261_36721284891611051984026_640x360.jpg)
[SIDANG MEDIA] Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB) - 19 Jan 2021
Ikuti sidang media khas berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB), Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

COVID-19: 3,631 kes baharu, 14 lagi kematian dilaporkan
Malaysia mencatatkan empat belas lagi kes kematian baharu akibat COVID-19 hari ini.

COVID-19 | Halimah Mohamed Sadique positif COVID-19
Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamad Sadique disahkan positif jangkitan COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan, selepas menjalani ujian saringan pada Isnin.

Cerita Sebalik Berita: Inisiatif NEKMAT | Jual hasil laut lebih murah
Wartawan Astro AWANI menceritakan kisah di sebalik sesuatu berita yang dilaporkan.

Vaksin COVID-19: Kematian warga emas di Norway disebabkan faktor semula jadi - Pakar Kesihatan Awam
Penelitian dokumen ke atas 29 pesakit COVID-19 yang dilaporkan meninggal dunia selepas menerima vaksin Pfizer di Norway mendapati kebanyakan daripada kematian itu disebabkan faktor semula jadi.

COVID-19: 156 kes positif, satu kluster baharu di Sarawak
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini melaporkan pertambahan 156 kes positif COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negeri itu meningkat kepada 2,367 kes.

Cerita Sebalik Berita: Pelancaran Hospital Integrasi Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) 2.0
Wartawan Astro AWANI menceritakan kisah di sebalik sesuatu berita yang dilaporkan.

Prasarana nafi kesesakan dalam tren semasa PKP
Prasarana menyifatkan laporan berita oleh sebuah media portal sebagai mengelirukan dengan memaparkan keadaan sesak di dalam sebuah tren monorel ketika PKP 2.0 di Kuala Lumpur dan Selangor.

Top Glove selar TV Kanada keluar laporan mengelirukan
Top Glove Corp Bhd menafikan laporan Canadian Broadcasting Corporation (CBC) baru-baru ini mengenai kebajikan pekerjanya, menyifatkan sebagai mengelirukan dan telah merosakkan reputasi baik syarikat itu.

Silat jadi aktiviti korikulum sekolah, subjek pilihan di universiti
Aktiviti mempromosikan seni silat ini juga akan dilakukan di luar negara melalui Bahagian Education Malaysia.

Mansuh UPSR: Kementerian diminta buat kajian terperinci
Pensyarah Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Wan Marzuki Wan Jaafar berkata, peperiksaan itu penting bagi menilai pencapaian murid di peringkat sekolah rendah