PUTRAJAYA: Mantan Pengarah Hospital Putrajaya Datuk Dr Nora'i Mohd Said meninggal dunia pada pukul 5.40 pagi tadi.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa dalam hantaran di Facebook beliau, yang menyuarakan rasa dukacita dengan pemergian Dr Nora'i.
"Salam takziah buat ahli keluarga dan kenalan allahyarhamah. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Pemergian allahyarhamah merupakan satu kehilangan besar buat perkhidmatan kesihatan di Malaysia. Al-Fatihah," katanya.
Dr Nora'i, 60, mula berkhidmat sebagai Pengarah Hospital Putrajaya kelapan pada 16 Oktober 2008 sehingga bersara wajib pada 11 Mac 2023.
Allahyarhamah adalah yang paling lama menerajui Hospital Putrajaya iaitu selama 15 tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 07 2023
Allahyarhamah adalah yang paling lama menerajui Hospital Putrajaya iaitu selama 15 tahun. - Foto Facebook/Dr Zaliha Mustafa
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Mantan Pengarah Hospital Putrajaya Dr Nora'i meninggal dunia
Mantan Pengarah Hospital Putrajaya Datuk Dr Nora'i Mohd Said meninggal dunia pada pukul 5.40 pagi tadi.