awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAPIM, NGO laksana kempen perangi fitnah menerusi media sosial

Bernama
Bernama
24/09/2023
21:20 MYT
MAPIM, NGO laksana kempen perangi fitnah menerusi media sosial
Mohd Azmi berkata kempen itu yang menyasarkan generasi muda dan mahasiswa akan dimulakan di Kedah sebelum diperluas di negeri lain antaranya Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. - Foto fail/BERNAMA
ALOR SETAR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengambil inisiatif mewujudkan Sekretariat Anti Fitnah (SAF) bagi memerangi penyebaran maklumat berunsur fitnah menerusi media sosial.
Presiden MAPIM Mohd Azmi Abdul Hamid berkata sekretariat itu akan menjalankan kempen bagi mendidik masyarakat mengenai maklumat fitnah serta memantau maklumat disebarkan menerusi media sosial dan akan melaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk diambil tindakan selanjutnya.
"Apa yang kita akan lakukan ialah menerusi penerbitan risalah, forum, seminar, kuliah, jelajah, wacana serta dialog. Kita juga akan cuba membantu MCMC untuk memantau... kalau kami dapati ada fitnah, kita akan laporkan kepada MCMC dan buktikan dari sumber mana.
"Sampai ke peringkat laporan polis pun kita akan gerakkan tetapi program pendidikan sangat penting dalam mendidik masyarakat tentang bahaya fitnah," katanya kepada pemberita pada Seminar Membangun Masyarakat Budaya Tabayyun di sini pada Ahad.
Beliau berkata antara NGO yang terbabit dalam inisiatif itu ialah Pertubuhan Sukarelawan Rakyat Aman (SUARA), Inisiatif Madani Rakyat Darul Aman dan Tabayyun Media Network.
Mohd Azmi berkata kempen itu yang menyasarkan generasi muda dan mahasiswa akan dimulakan di Kedah sebelum diperluas di negeri lain antaranya Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.
"Fitnah dan menyebar maklumat palsu sangat besar kesannya yang boleh mencetus ketegangan, kekeliruan, prasangka, kezaliman dan permusuhan dan ini mesti kita bendung dengan tegas," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MCMC
#MAPIM
#media sosial
#generasi muda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan