awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAQIS Pulau Pinang rampas produk tenusu dari Ireland bernilai lebih RM400,000

Bernama
Bernama
21/12/2023
23:30 MYT
MAQIS Pulau Pinang rampas produk tenusu dari Ireland bernilai lebih RM400,000
MAQIS mengingatkan kepada pemain industri agar sentiasa mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan atau bakal berdepan tindakan tegas tanpa kompromi bagi menjamin industri makanan negara bebas daripada perosak, penyakit serta halal.
BUTTERWORTH: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang merampas 100,000 kilogram (kg) produk tenusu whey powder bernilai lebih RM400,000 di Pelabuhan Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT) di sini semalam.
Pengarah MAQIS negeri Muhammad Ikram Abd Talib berkata pihaknya menahan lima kontena produk tenusu dari Ireland itu selepas pemeriksaan mendapati dokumen yang diisytiharkan adalah tidak tepat dan mengelirukan.
"Pihak pengimport telah mengemukakan maklumat loji pemprosesan pada barang dagangan yang berbeza dengan maklumat loji pemprosesan yang dinyatakan pada sijil kesihatan dan permit MAQIS.
"Ekoran itu, semua dagangan yang keseluruhannya seberat 100,000 kg dan dianggarkan bernilai melebihi RM400,000 itu ditahan untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] iaitu mana-mana orang yang memberikan maklumat palsu, tidak tepat atau mengelirukan dalam pengimportan keluaran pertanian, haiwan, karkas, ikan, produk pertanian, tanah dan mikroorganisma adalah menjadi suatu kesalahan.
Muhammad Ikram berkata pihak MAQIS mengingatkan kepada pemain industri agar sentiasa mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan atau bakal berdepan tindakan tegas tanpa kompromi bagi menjamin industri makanan negara bebas daripada perosak, penyakit serta halal untuk dimakan oleh rakyat Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#maqis pulau pinang
#dokumen tidak tepat
#produk tenusu dari Ireland
#Pelabuhan Pangkalan Kontena Butterworth Utara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan