ISKANDAR PUTERI: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Johor merampas kira-kira 10 tan beras import yang diikrarkan sebagai makanan haiwan di laluan lori import, Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di sini, semalam.
MAQIS memaklumkan taktik cubaan mengelirukan pegawai bertugas dengan membawa 10 guni besar berisi produk yang dianggarkan bernilai RM50,000 tanpa sebarang dokumen sah itu, berjaya digagalkan pada 12.30 tengah hari.
"Setelah menjalankan pemeriksaan terhadap sebuah lori yang diikrarkan oleh ejen penghantaran membawa masuk makanan haiwan, pegawai menemui guni-guni besar berisi beras dibawa tanpa diikrarkan.
"Pemandu lori berusia 32 tahun telah dilepaskan setelah memberi kerjasama dan diambil rakaman percakapan, manakala kesemua beras itu akan diserahkan kepada Kawalselia Padi dan Beras (KPB) Johor untuk tindakan lanjut," menurut MAQIS dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut MAQIS kemasukan beras import ke negara ini adalah dikawal melalui Permit Kelulusan (AP) mengimport oleh Ketua Pengarah KPB, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
Pihak MAQIS sentiasa komited menjalankan penguatkuasaan di pintu masuk bagi menjamin keselamatan keluaran pertanian ke negara ini selain memastikan syarat dan peraturan yang ditetapkan kerajaan terus dipatuhi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 29 2023
Menurut MAQIS kemasukan beras import ke negara ini adalah dikawal melalui AP mengimport oleh Ketua Pengarah KPB, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. - Gambar MAQIS
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
JKDM rampas empat kontena daging babi bernilai RM2.7 juta
Daging tersebut dirampas oleh bahagian penguatkuasaan pihaknya dalam operasi pada 13 Feb lepas di Pelabuhan Utara.
Maqis tahan kemasukan mangga dari Thailand dikesan ada serangga perosak
Kesemua barang dagangan yang dianggarkan bernilai RM8,640 itu telah ditahan untuk tindakan lanjut.
MAQIS P. Pinang rampas daging kerbau sejuk beku India bernilai lebih RM262,000
Hasil pemeriksaan ke atas kontena yang membawa produk ruminan daging kerbau sejuk beku di Pelabuhan Pangkalan Kontena Utara Butterworth (NBCT).
27 tan tulang ikan tuna sejuk beku dari China dirampas Maqis Pulau Pinang
Rampasan dibuat dalam pemeriksaan di Pelabuhan Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT) pada Selasa lepas.
Maqis tahan seekor kucing British Shorthair dari Rusia
Menurut Maqis Selangor, mengimport haiwan kesayangan dengan mengisytihar maklumat palsu, tidak tepat atau mengelirukan adalah suatu kesalahan.
Maqis Johor rampas anak pokok tanaman hiasan bernilai RM119,200
Kesemua anak pokok dirampas kerana tidak mempunyai permit import yang sah untuk tindakan lanjut.
MAQIS Johor rampas udang harimau sejuk beku bernilai RM6,600
Jumlah udang harimau itu melebihi kuantiti yang diikrarkan dan sehubungan itu sebanyak 1,320kg udang harimau dirampas untuk tindakan lanjut.
Maqis rampas 45,000 anak pokok kayu putih cuba dibawa masuk dari China
Anak pokok kayu putih bernilai RM11,700 itu ditemui di dalam empat bagasi yang dibawa oleh seorang lelaki tempatan berumur lingkungan 50-an.
MAFI waspada tangani jangkitan LSD ke atas lembu tempatan - Che Abdullah
Sebanyak 12,757 premis telah diperiksa melibatkan 168,734 ekor lembu dan daripada jumlah itu, sebanyak 169 ekor lembu dari 101 premis positif LSD.
Maqis Johor rampas 24,925kg susu formula dari Amerika Syarikat
Sebuah kontena membawa 997 beg susu formula didapati mengemukakan sijil kesihatan yang berbeza dengan nombor siri pada labelnya.