awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAQIS rampas 225 tan kelapa kering dari Papua New Guinea

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
24/06/2021
04:44 MYT
MAQIS rampas 225 tan kelapa kering dari Papua New Guinea
Pihak MAQIS mendapati nombor rujukan permit tidak dicatatkan pada sijil fitosanitasi yang dikemukakan ejen penghantaran. Foto ihsan MAQIS
PASIR GUDANG: Sebanyak 225 tan (225,000 kilogram) kelapa kering yang cuba dibawa masuk dari Papua New Guinea berjaya ditahan pihak berkuasa di Pelabuhan Pasir Gudang pada Selasa.
Menurut Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) negeri Johor, Hizzuan Hasim, kelapa kering yang dianggar bernilai RM778,500 itu dibawa menggunakan 16 kontena.
Hasil pemeriksaan rutin yang dijalankan kira-kira jam 8 pagi, Pegawai Penguat kuasa MAQIS menemukan serangga perosak yang disyaki dari spesies necrobia rufipes pada kelapa kering berkenaan.
"Pihak kami juga mendapati nombor rujukan permit tidak dicatatkan pada sijil fitosanitasi yang dikemukakan.
"Ejen penghantaran diambil keterangan dan dilepaskan.
"Kes akan disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] kerana mengimport produk pertanian yang dipercayai mempunyai perosak, penyakit atau bahan cemar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Foto ihsan MAQIS
Foto ihsan MAQIS
Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak lebih enam tahun, atau kedua-duanya.
Bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, pesalah boleh didenda tidak lebih RM150,000 atau dipenjara tidak melebihi tujuh tahun, atau kedua-duanya.
Pihak MAQIS menasihati semua pengimport dan pengeksport sentiasa mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan agar kawalan penyakit haiwan, ikan, tumbuhan serta jaminan keselamatan makanan terpelihara di Malaysia.
Foto ihsan MAQIS
Foto ihsan MAQIS
Topic Berkaitan
#Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia
#Pasir Gudang
#kelapa kering
#rampas
#maqis
#Johor
#serangga perosak
#permit
#sijil fitosanitasi
#ejen penghantaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan