awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bad Cop: Permulaan era drama Malaysia yang lebih berani - “Kita sentiasa berusaha memperkenalkan…”
Ketibaan penumpang di KL Sentral disambut meriah dengan tarian kebudayaan
Wanita pertama ketuai Institusi Hadiah Nobel
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAQIS rampas 61,932 kilogram ayam sejuk beku dari Thailand

Astro Awani
Astro Awani
26/01/2021
02:54 MYT
MAQIS rampas 61,932 kilogram ayam sejuk beku dari Thailand
Antara bekas berisi ayam sejuk beku yang dirampas dalam pemeriksaan di Kompleks ICQS malam tadi. -Astro AWANI
BUKIT KAYU HITAM:Cubaan membawa masuk 5,161 keratan ayam sejuk beku seberat 61,932 kilogram (kg) bernilai RM495,608 dari Thailand gagal apabila dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS).
Kesemua ayam sejuk beku itu dirampas dalam pemeriksaan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Malaysia (ICQS) pada jam 9 malam tadi.
Pengarah MAQIS Kedah, Lily Rosalind Paul berkata daging ayam sejuk beku itu dibawa masuk tanpa mematuhi syarat import iaitu dipercayai datang dari pusat penyembelihan yang tidak diiktiraf dan meragukan.
Beliau berkata kegagalan untuk mengemukakan maklumat berkenaan adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].
Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau keduanya sekali di bawah Seksyen 15(2) Akta yang sama.
Topic Berkaitan
#maqis
#ayam sejuk beku
#Kompleks Imigresen
#Lily Rosalind Paul
#pusat penyembelihan yang tidak diiktiraf
#Perkhidmatan Kuarantin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan