awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAQIS rampas bunga ros dari Ethiopia bernilai lebih RM43,000

Sinar Harian
Sinar Harian
19/03/2021
02:01 MYT
MAQIS rampas bunga ros dari Ethiopia bernilai lebih RM43,000
Maqis merampas keratan bunga ros bernilai RM43,210.65 semasa pemeriksaan di kargo KLIA, Sepang pada Selasa. - Foto Sinar Harian
SEPANG: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) merampas 1,208 kilogram (kg) keratan bunga ros segar dari negara Ethiopia di kawasan pemeriksaan Maqis Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Selasa.
Pemangku Pengarah MAQIS Negeri Selangor, Zamri Hashim berkata, keratan bunga ros bernilai RM43,210.65 itu dirampas hasil pemeriksaan rutin pihaknya pada jam 3 petang.
"Pemeriksaan mendapati terdapat kesalahan yang dikesan pada dokumen iaitu kekeliruan nombor permit pada sijil fitosanitasi dan permit import yang dikemukakan.
"Pengimportan dagangan bunga ini tidak mematuhi syarat permit import yang sah dari MAQIS," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
BACA: Bunga ros RM43,210.65 dirampas
Tegasnya, kegagalan mengimport tanpa mematuhi syarat permit menjadi suatu kesalahan menurut Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] dan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama enam tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Jelasnya, pihaknya akan sentiasa teliti dan cekap dalam menjalankan pemeriksaan ke atas setiap dagangan yang diimport dan dieksport bagi mengelakkan kemasukan dagangan yang diimport bersama penyakit dan perosak.
"Patuhi syarat serta peraturan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia," katanya.
Topic Berkaitan
#maqis
#bunga ros
#KLIA
#zamri hashim
#permit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan