awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAQIS rampas dada ayam sejuk beku bernilai RM240,000

Bernama
Bernama
04/04/2023
03:20 MYT
MAQIS rampas dada ayam sejuk beku bernilai RM240,000
Salah seorang pegawai penguatkuasa MAQIS Pulau Pinang memeriksa kontena yang membawa dada ayam tanpa tulang segar sejuk beku bernilai RM240,000. - Foto Sinar Harian
BUTTERWORTH: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang merampas konsainan dada ayam segar sejuk beku tanpa tulang bernilai RM240,000 dari Thailand di Pengkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT), di sini kerana maklumat sijil halal tidak jelas.
Pengarahnya Muhammad Ikram Abd Talib berkata pihaknya membuat pemeriksaan ke atas kontena yang membawa konsainan itu pada Sabtu lepas dan mendapati terdapat 25,000 kilogram dada ayam segar sejuk beku tanpa tulang yang dibawa masuk dari Thailand.
"Pemeriksaan lanjut mendapati pengimportan dada ayam segar sejuk beku tanpa tulang bernilai RM240,000 itu tidak menyatakan maklumat sijil halal dengan jelas dan kesemua konsainan telah ditahan untuk siasatan lanjut.
"Kegagalan untuk mematuhi syarat permit import bagi pengimportan konsainan itu menjadi kesalahan di bawah Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728]," katanya dalam kenyataan hari ini.
Muhammad Ikram berkata MAQIS sentiasa komited dalam melaksanakan tugasan di semua pintu masuk negara bersama agensi penguatkuasaan di sempadan negara bagi memastikan komoditi keselamatan keluaran pertanian yang dibawa masuk ke dalam negara mematuhi syarat serta peraturan yang ditetapkan bagi menjamin kualiti dan keselamatan makanan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#maqis
#dada ayam
#sijil halal
#rampasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan