awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mara kini di bawah Kementerian Luar Bandar - Tun Mahathir

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
01/09/2018
08:34 MYT
Mara kini di bawah Kementerian Luar Bandar - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir turut berjanji akan memberi bantuan secukupnya kepada kementerian yang diketuai menterinya, Rina Harun sekiranya memerlukan keperluan tertentu seperti pengambilan pegawai, bekerjasama dengan pihak luar atau apa sahaja.
Teka-teki sama ada Majlis Amanah Rakyat (Mara) dipecahkan atau dibubarkan akhirnya terjawab apabila Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan Mara kini di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
Keputusan tersebut diputuskan berikutan bantahan terhadap cadangan kerajaan sebelum ini yang berhasrat mengagihkan peranan agensi itu kepada beberapa kementerian kerana saiznya yang besar.
“Oleh kerana peranan Mara begitu besar, kami merasakan satu kementerian tidak mencukupi untuk mengelolakannya. Jadi kami cuba agihkan perananannya kepada beberapa kementerian tetapi ia mendapat tentatangan yang hebat.
“Jadi, kita akan kembalikan ia kepada satu sahaja kementerian iaitu di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
“Saya harap kementerian tersebut kuat dan sanggup memikul tanggungjawab yang cukup besar kerana Mara bukan kementerian yang kecil dan ia terlibat dalam pelbagai bidang,” katanya sempena sesi dialog Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018.
Tun Dr Mahathir turut berjanji akan memberi bantuan secukupnya kepada kementerian yang diketuai menterinya, Rina Harun sekiranya memerlukan keperluan tertentu seperti pengambilan pegawai, bekerjasama dengan pihak luar atau apa sahaja.
Terdahulu, terdapat pihak mendakwa Mara akan dipecahkan dan dibahagikan kepada beberapa kementerian antaranya Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan Kementerian Pendidikan.
Topic Berkaitan
#Bumiputera
#Kementerian Pembangunan Luar Bandar
#Mahathir Mohamad
#MARA
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan