KUALA LUMPUR:Majlis Amanah Rakyat (Mara) hari ini membuat laporan polis bagi menafikan tuduhan kononnya Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar, Selangor gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan mengawal penularan wabak COVID-19.
Menurut agensi itu, tindakan segera telah diambil dengan mewujudkan pasukan petugas khas yang diketuai oleh pengetua maktab dan dianggotai oleh guru dan staf sejak hari pertama COVID-19 dikesan, bagi menjalankan kerja-kerja sanitasi setiap hari dengan nasihat dan pemantauan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
"Sanitasi keseluruhan bangunan maktab telah dilakukan oleh pihak bomba pada 29 Jan. Seorang daripada pelajar yang bergejala telah ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS). Pelajar berkenaan tidak kritikal, hanya mengalami gejala batuk.
"Mara sentiasa memastikan pelajar-pelajar MRSM mengikuti SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan juga Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengawal penularan COVID-19 di kalangan pelajar," demikian menurut agensi itu dalam kenyataan.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan mesej WhatsApp mendakwa pelajar MRSM terbabit tidak mendapat bekalan makanan yang secukupnya, pelajar bergejala tinggal di asrama yang sama dengan pelajar sihat akibat tiada tempat pengasingan serta wujud masalah melibatkan SOP keselamatan, sanitasi, pembekalan pelitup muka dan sebagainya.
Menurut kenyataan itu, pelajar yang bergejala telah diasingkan daripada pelajar yang sihat di blok berbeza serta menggunakan tandas yang berlainan sejak 24 Jan lalu.
Mara turut menafikan isu kekurangan makanan dan peralatan pencegahan, sebaliknya pelajar yang dikuarantin di blok asrama dibekalkan dengan makanan yang dibungkus setiap hari mengikut menu dewan selera di samping makanan tambahan seperti buah-buahan dan minuman tertentu yang diperlukan oleh pelajar.
Selain itu, setiap pelajar dibekalkan pelitup muka dan cecair pensanitasi tangan di samping menyediakan peralatan perlindungan diri (PPE) kepada warden dan guru bertugas.
Menurut kenyataan itu, Mara sentiasa berhubung rapat dengan Pusat Kesihatan Daerah sejak gejala dikesan dalam kalangan pelajar.
Oleh itu, ibu bapa dinasihatkan agar menghubungi pihak pengurusan maktab jika timbul sebarang kebimbangan tentang anak-anak mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 01 2021
Menurut kenyataan itu, Mara sentiasa berhubung rapat dengan Pusat Kesihatan Daerah sejak gejala dikesan dalam kalangan pelajar. - Gambar fail
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
[TERKINI] Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Mengulas penangguhan sekali lagi misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza , Profesor Hubungan Antarabangsa Di Fakulti Undang-Undang Dan Hubungan Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Prof Dr Mohd Afandi Salleh berpandangan, proses pendaftaran baharu bagi sesebuah kapal di negara lain mungkin akan memakan lebih banyak masa.
[TERKINI] Penangguhan pelayaran, taktik Israel gagalakan misi - FCC
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalitin (FFC), Dr Fauziah Hasan sifatkan penangguhan misi menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk terjejas di Gaza merupakan satu taktik biasa yang dilakukan rejim Israel.
[TERKINI] Pelayaran ditangguh lagi, Israel didakwa wujudkan kekacauan
Misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
MARA siasat guru didakwa pedofil
MARA akan membuat siasatan menyeluruh terhadap seorang guru yang didakwa terlibat kes pedofilia ke atas murid di sebuah sekolah berasrama penuh.
MARA rancang perluas TVET Tahfiz dengan perbanyakkan kursus jangka pendek
GiatMara dalam hala tuju sehingga 2030 akan memperbanyakkan program TVET Tahfiz yang dijalankan bawah konsep GVTH.
Konsep payung perlu dikembalikan - Asyraf Wajdi
Ia bagi membantu usahawan kecil untuk mempunyai kemahiran dalam menguruskan aliran wang tunai dalam perniagaan masing-masing.
Pentakrifan kategori pendapatan B40, M40, T20 bukan gambaran realiti - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi berkata isu ini sering dibangkitkan dalam sesi libat urus dan wajar diambil kira sama ada pentakrifan kategori ini masih lagi relevan ataupun tidak.
'Kongres Ekonomi Bumiputera tidak harus dipolemik' - Asyraf Wajdi
Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) tidak harus dilihat sebagai salah satu langkah untuk menafikan hak bukan bumiputera.
Mara sedia pembiayaan untuk hantar anak, cucu peneroka Felda belajar di luar negara - Zahid
Mara akan menyediakan pembiayaan pendidikan kepada anak dan cucu peneroka Felda bagi tujuan melanjutkan pengajian ke luar negara.
MCMC bantu naik taraf jaringan internet di 342 institusi pendidikan MARA
MCMC bersetuju membantu menaik taraf jaringan rangkaian internet di 342 IPMa bagi meningkatkan keberkesanan pembelajaran secara digital dalam kalangan pelajar dan tenaga pengajar di institusi itu.
'Anak VIP atau VVVIP sekalipun, you touch you go' - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi berkata pihaknya tidak akan menutup sebarang perilaku yang dilakukan pelajar termasuk anak-anak kenamaan.
Hala tuju TVET MARA perkukuh ekosistem TVET lebih mampan - Rubiah
UniKL terus mengekalkan kadar kebolehpasaran graduannya yang tinggi sebanyak 97.1 peratus berdasarkan laporan kajian pengesanan graduan dijalankan KPT.
MARA Johor peruntuk RM30 juta untuk usahawan IKS Johor
MARA Johor memperuntukkan sebanyak RM30 juta kepada usahawan dalam kalangan industri kecil dan sederhana (IKS) di negeri tersebut bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini.