Semua pihak perlu menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan secara profesional terhadap Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah yang ditahan Jumaat lepas.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata polis memerlukan ruang agar proses keadilan dapat dijalankan mengikut lunas undang-undang.
"Semua pihak perlu menghormati dan berpegang kepada prinsip perundangan yang diamalkan. Penahanan Maria mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012 adalah sebagai langkah pencegahan yang digunakan pihak berkuasa.
"Akta ini memberi ruang untuk tahanan mendapatkan nasihat perundangan daripada peguam berbanding Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
"Malah tempoh penahanan adalah lebih singkat iaitu maksimum 28 hari bagi maksud penyiasatan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
BACA: Ahli Parlimen pembangkang desak pembebasan Maria Chin
BACA: Penahanan Maria Chin di bawah SOSMA untuk bantu siasatan polis - Nur Jazlan
Menurut Azalina, Maria juga telah menggunakan hak beliau seperti mana dibenarkan dalam Perlembagaan Persekutuan, dengan memfailkan permohonan habeas corpus di mahkamah yang bermaksud beliau boleh mencabar alasan tahanan dan tatacara tahanan.
"Ini bermakna kuasa semakan kehakiman dikembalikan sepenuhnya kepada mahkamah bukan seperti dalam ISA yang menghalang kuasa semakan kehakiman. Ini menunjukkan undang-undang Malaysia hari ini bertambah baik, selaras dengan keperluan hak asasi," katanya. -- Bernama
Bernama
Wed Nov 23 2016
Menurut Azalina, Maria telah menggunakan hak beliau seperti mana dibenarkan dalam Perlembagaan Persekutuan, dengan memfailkan permohonan habeas corpus di mahkamah. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
"Ops Lalang bukan arahan saya" - Dr Mahathir
Kata Dr Mahathir, bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif sudah jelaskan keputusan melancarkan operasi itu dibuat oleh PDRM.
Singapura: Remaja ditahan di bawah ISA
Remaja lelaki ialah pelajar Menengah Tiga ketika ditahan di bawah ISA pada November 2022 dan telah menerima OD pada Disember 2022.
Dua rakyat Singapura dibebaskan daripada tahanan ISA
Dua rakyat Singapura yang terlibat dengan aktiviti radikal dibebaskan daripada tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), masing-masing pada Januari dan Februari 2022.
Ramkarpal tempelak Tun Mahathir jika benar ada hasrat kembali jadi PM
Ahli Parlimen Bukit Gelugor daripada DAP Ramkarpal Singh menempelak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang kononnya ingin kembali memegang jawatan itu.
Dakwaan POCA zalim, tiada beza dengan ISA tidak tepat
Nur Jazlan berkata malah POCA memberi hak asasi yang lebih terjamin kepada mereka yang ditahan berbanding ISA.
Tajol Rosli beri saya 'nyawa' dalam politik - TPM Zahid
Beliau berkata selepas ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1998, dirinya dianggap seperti 'kiambang' dan 'dibenci' beberapa pemimpin UMNO.
Maria Chin: Biar polis siasat - Azalina
Semua pihak perlu menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan secara profesional terhadap Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah yang ditahan Jumaat lepas.
Isu tahanan ISA: Penafian Dr Mahathir satu pembohongan - Tajuddin
Tindakan Dr Mahathir yang cuba mengalihkan tanggungjawab berkenaan kepada bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob adalah tidak adil.
OHI: Saya tetap setia biarpun pernah jadi tahanan ISA - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata kesabaran dan kesetiaan kepada parti adalah perkara yang paling penting baginya untuk terus ke hadapan.
Hishamuddin Rais disekat ke luar negara
Aktivis politik Hishamuddin Rais mendakwa beliau dihalang ke luar negara pada Khamis malam menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).