awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permohonan pengambilan 20,000 guru DG9 dibuka Mac - KPM
Wanita hilang ditemui maut, dipercayai dibunuh kekasih
KTMB sedia lapan ETS tambahan sempena Tahun Baharu Cina, Aidilfitri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maritim Kelantan guna aset udara cari warga emas hilang di perairan Tumpat

Bernama
Bernama
02/09/2025
22:20 MYT
Maritim Kelantan guna aset udara cari warga emas hilang di perairan Tumpat
Erwan Shah berkata, Maritim Malaysia memandang serius kejadian itu dan usaha pencarian akan terus dipergiat dengan memperluas kawasan operasi dari semasa ke semasa. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA BHARU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) negeri Kelantan memperluas operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) seorang warga emas yang hilang di perairan Tumpat sejak Ahad lepas, meliputi kawasan seluas 412.15 batu nautika persegi di perairan negeri itu.
Pengarahnya Kepten Maritim Erwan Shah Soahdi berkata operasi yang memasuki hari ketiga itu digerakkan menerusi aset laut dan udara milik Maritim Malaysia dengan kerjasama pelbagai agensi keselamatan termasuk Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam selain bantuan Royal Thai Marine Police serta nelayan tempatan.
"Mangsa, Ahmad Hussin, 71, dipercayai keluar seorang diri ke laut menaiki bot persendirian untuk memancing selepas bertolak dari Kampung Tanjung Kuala, Tumpat kira-kira 7.30 pagi, namun tidak pulang hingga kini.
"Maritim Malaysia memandang serius kejadian itu dan usaha pencarian akan terus dipergiat dengan memperluas kawasan operasi dari semasa ke semasa," katanya dalam kenyataan semalam.
Sehubungan dengan itu, orang ramai khususnya komuniti nelayan yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian atau menemukan sebarang petunjuk diminta segera menghubungi talian kecemasan 999 yang beroperasi 24 jam atau pusat operasi Maritim Malaysia terdekat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#maritim kelantan
#warga emas hilang
#Tumpat
#nelayan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami