awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maritim Kelantan tahan 11 nelayan terlibat penyalahgunaan dadah

Bernama
Bernama
30/03/2024
06:02 MYT
Maritim Kelantan tahan 11 nelayan terlibat penyalahgunaan dadah
Anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Kelantan membuat pemeriksaan rutin terhadap kapal nelayan di perairan Terengganu berhampiran Pulau Perhentian semalam. - Foto Bernama
BACHOK: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Kelantan menahan 11 nelayan tempatan disyaki terlibat kes penyalahgunaan dadah sepanjang bulan ini.
Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Kelantan Komander Maritim Amiludin Yenggah berkata mereka didapati positif dadah jenis methamphetamine dan dipercayai mengambil bahan terlarang itu untuk menambahkan tenaga bagi mencari hasil laut.
"Apabila kami melakukan pemeriksaan, segelintir daripada mereka positif dadah namun tiada rampasan dadah dibuat. Kami percaya mereka ini mendapatkan bekalan dadah melalui keldai dadah atau pengedar," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau dan membuat pemeriksaan rutin kapal-kapal nelayan di perairan Terengganu berhampiran Pulau Perhentian di sini malam tadi.
Amiludin berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dan operasi bersepadu dengan agensi terlibat bagi mengekang masalah ini daripada berterusan.
Dalam pada beliau berkata Maritim Kelantan menahan 29 individu yang dipercayai terlibat dalam kesalahan maritim dan merampas pelbagai barangan dianggarkan bernilai RM6.5 juta bagi tempoh Januari hingga semalam.
Mengenai penugasan di perairan negara semasa sambutan Aidilfitri tidak lama lagi, Amiludin berkata pihaknya akan melaksanakan antaranya Operasi Naga yang tertumpu kepada bot-bot nelayan asing dan Operasi Tiris bagi aktiviti penyeludupan.
"Penugasan adalah seperti biasa dengan mengerakkan aset-aset maritim ke kawasan rondaan yang ditetapkan," katanya.
Menurutnya kesemua anggota terlibat menjaga perairan negara dibekukan cuti dan mereka akan bercuti secara bergilir-gilir setelah tamat operasi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#maritim kelantan
#11 nelayan tempatan ditahan
#penyalahgunaan dadah
#Amiludin Yenggah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan