awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maritim Malaysia tahan dua bot, sita barangan lebih RM160,000 di Tawau

Bernama
Bernama
02/05/2024
15:37 MYT
Maritim Malaysia tahan dua bot, sita barangan lebih RM160,000 di Tawau
Shahrizan berkata kesemua barang termasuk kedua-dua bot serta muatan bernilai lebih RM160,000 disita selain menasihatkan komuniti maritim agar sentiasa mematuhi syarat sah lesen. - Gambar fail/Bernama
TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan tiga lelaki kerana melanggar syarat sah lesen dua bot melibatkan sitaan lebih RM160,000 di perairan Inderasabah dekat sini, semalam.
Pengarah Zon Maritim Tawau Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata menerusi rondaan Ops Pluto serta Ops Tiris di perairan itu pada awalnya mengesan sebuah bot nelayan pada 12.15 tengah hari dan didapati dua lelaki Indonesia sedang menangkap ikan di kedudukan 6.8 batu nautika.
"Pemeriksaan lanjut mendapati dua lelaki itu merupakan nakhoda dan kru bot masing-masing berumur 24 dan 41 tahun yang kemudian didapati nama nakhoda tidak terdaftar pada dokumentasi bot serta tidak memberitahu penukaran nakhoda," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata 15 minit kemudian pihaknya turut menahan sebuah bot kargo membawa muatan sawit yang dikendalikan seorang lelaki Indonesia berumur 37 tahun, dan pemeriksaan mendapati berlaku kesalahan sama iaitu tiada maklumat penukaran nakhoda bot.
Shahrizan berkata kesemua barang termasuk kedua-dua bot serta muatan bernilai lebih RM160,000 disita selain menasihatkan komuniti maritim agar sentiasa mematuhi syarat sah lesen.
Kedua-dua bot bersama muatan serta kesemua kru dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau dan disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, Enakmen Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) 2002.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Maritim Malaysia
#syarat sah lesen
#nakhoda bot
#JPDS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan