awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maritim patahkan cubaan seludup arnab bernilai RM15,000 di Pengkalan Balak

Bernama
Bernama
09/02/2025
09:45 MYT
Maritim patahkan cubaan seludup arnab bernilai RM15,000 di Pengkalan Balak
Serbuan dilaksanakan oleh pasukan darat dan laut Maritim selepas menerima maklumat berkaitan pergerakan mencurigakan di perairan berkenaan.- Foto Maritim Malaysia
ALOR GAJAH: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Melaka dan Negeri Sembilan menggagalkan cubaan menyeludup 10 arnab bernilai RM15,000 di perairan Pantai Pengkalan Balak, tengah malam tadi.
Pengarah Maritim negeri Kepten (M) Mohd Khairi Abd Aziz berkata serbuan dilaksanakan pada 12.10 tengah malam oleh pasukan darat dan laut selepas menerima maklumat berkaitan pergerakan mencurigakan di perairan berkenaan.
"Ketika operasi dijalankan, pasukan penguat kuasa menemukan tiga sangkar berisi 10 ekor arnab ditinggalkan di tepi pantai dan berdasarkan pemerhatian awal, arnab-arnab terbabit dipercayai cuba diseludup keluar dari negara ini tanpa melalui prosedur sah.
"Kami percaya kehadiran bot penguat kuasa disedari oleh suspek menyebabkan suspek melarikan diri ke kawasan perairan cetek menggunakan bot gentian kaca dilengkapi enjin sangkut 60 kuasa kuda bagi mengelak daripada ditahan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) dan kesemua barangan rampasan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Melaka dan Negeri Sembilan untuk tindakan lanjut.
Mohd Khairi berkata sebarang maklumat berkaitan jenayah maritim boleh dilaporkan kepada Pusat Operasi Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan menerusi talian 06-3876730 atau talian kecemasan 999 yang beroperasi 24 jam sehari.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#seludup arnab
#Maritim Malaysia
#Pantai Pengkalan Balak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan