KUALA KURAU:Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kurau berjaya merampas 23 set bubu naga di kedudukan 0.6 batu nautika timur laut Bagan Tiang, dekat sini kira-kira jam 3.05 petang semalam.
Ketua Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Sharenliza Ghazali berkata, peralatan menangkap ikan yang tidak dilesenkan itu dirampas hasil dari aduan nelayan setempat mengenai aktiviti dilarang ini berleluasa di kawasan terbabit.
Menurutnya, bubu naga yang melebihi dua injap itu tidak dilesenkan penggunaannya berdasarkan pekeliling semasa yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia.
“Pada tahun lepas sahaja Maritim Malaysia telah merampas sebanyak 1,415 set bubu naga dan telah mendapat perintah mahkamah untuk dilupuskan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Penggunaan bubu naga boleh menjejaskan sumber perikanan kerana sifatnya yang tidak selektif serta penggunaannya telah mencetuskan konflik sosial dan pertelingkahan di antara pengusahanya dan pengusaha pukat hanyut serta pengusaha bot pukat tunda, kerana ia dipasang di antara jarak dua hingga sembilan batu nautika dari pantai.
Mohd Sharenliza berkata, kesemua bubu naga yang disita dibawa ke Zon Maritim Kuala Kurau untuk melalui proses undang-undang bagi mendapat perintah lucut hak dari mahkamah.
Zon Maritim Kuala Kurau menggesa orang awam menyalurkan maklumat berkenaan aktiviti jenayah atau kecemasan di laut melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau di talian 05-7279919.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Jan 26 2021

Kesemua bubu naga yang disita dibawa ke Zon Maritim Kuala Kurau untuk melalui proses undang-undang bagi mendapat perintah lucut hak dari mahkamah. - Foto Maritim Malaysia

Vaksin COVID-19 | 32,277 sudah divaksin, 1.632 juta sudah daftar
Seramai 32,277 individu sudah diberikan dos pertama vaksin COVID-19. Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin, angka berkenaan adalah sehingga jam 11.59 Isnin malam.

Politik | Perkembangan politik di Sabah
Keluar Parti Warisan, status ADUN Sebatik? Kita bersama Wakil Astro AWANI Sabah, Syahairizal Kamalul Arifin untuk perkembangan lanjut.

Cuaca Panas | Malaysia berdepan fenomena El-Nino?
Sebanyak 10 kawasan di semenanjung Malaysia merekodkan gelombang haba tahap kuning atau berjaga-jaga setakat 4.30 petang semalam. Semakan status gelombang haba di portal rasmi MetMalaysia hari ini mendapati, kawasan terbabit melibatkan empat daerah di Perak iaitu Kuala Kangsar, Kinta, Batang Padang dan Hilir Perak. Manakala tiga di Kelantan iaitu Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.

TH agih untung lebih baik untuk 2020
Agihan keuntungan bagi tahun 2020 melibatkan jumlah sebanyak RM2.24 bilion berbanding RM2.14 bilion pada tahun 2019.

Lima lagi lelaki diberkas merusuh di restoran
Polis berkas lima lagi lelaki dalam tangkapan berasingan di sekitar ibu negara pada Isnin hingga awal pagi Selasa berhubung siasatan kes merusuh di sebuah restoran di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields

Hukuman pesalah cetak rompak perlu setimpal dengan kerugian pengkarya
Menurut Presiden SENIMAN, Zed Zaidi, hukuman pada masa ini terlalu rendah dan merugikan seluruh industri serta produksi yang penat lelah menjayakan karya itu.

Malaysia catat RM164 bilion pelaburan walaupun ketika dilanda pandemik - MIDA
Sektor perkilangan mendahului dengan peningkatan 10.3 peratus dalam pelaburan yang diluluskan.

Gunung Sinabung kembali meletus, abu menjulang lebih 4,500 meter
Gunung berapi Sinabung di Sumatera Utara, Indonesia kembali meletus pagi ini, mengeluarkan abu dan asap berwarna kelabu setinggi 4,500 meter.

Abdul Halim kekal jawatan Presiden ASTAF, tiada wakil M'sia dalam barisan kepimpinan
Ahmad merupakan bekas timbalan presiden persekutuan itu bagi penggal 2016-2021, dan pemilihan menyaksikan Mohd Nasri gagal meraih sebarang undi bagi jawatan berkenaan.
![[TERKINI] Tiga Kawasan di Selangor catat IPU tidak sihat [TERKINI] Tiga Kawasan di Selangor catat IPU tidak sihat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893123/6918181161614656264278_640x360.jpg)
[TERKINI] Tiga Kawasan di Selangor catat IPU tidak sihat

Hutan Simpan Bubu di Kuala Kangsar terbakar
Cuaca panas sejak beberapa hari lalu telah menyebabkan Hutan Simpan Bubu dekat sini terbakar petang ini.

Maritim rampas bubu naga di perairan Bagan Tiang
Peralatan menangkap ikan yang tidak dilesenkan itu dirampas hasil dari aduan nelayan setempat mengenai aktiviti dilarang tersebut yang berleluasa di kawasan terbabit.

Pengusaha bot rayu kerajaan tangguh, kaji semula PLKS
Apabila PLKS dilaksanakan nanti, setiap pengusaha bot perlu membayar RM8,240 bagi setiap awak-awak warga asing yang mereka ambil bekerja.

Nelayan rugi ribuan ringgit unjam dan bubu diancam bot pukat tunda
Kehadiran bot pukat tunda di perairan Paka menjejaskan mata pencarian nelayan tempatan yang hanya bergantung hidup dengan hasil laut.

Dua pelajar hilang di Gunung Bubu ditemui meninggal dunia
Dua daripada empat mangsa yang hilang di Gunung Bubu dekat Ulu Kenas ditemui meninggal dunia petang tadi setelah dua ditemui selamat pada pagi.

Operasi cari empat pelajar hilang dipergiatkan
Tiga pelajar lelaki dan seorang perempuan itu dipercayai hilang sejak Ahad ketika aktiviti perkhemahan.