awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAS nafi tweet Flightradar24 tentang laluan penerbangan

Astro Awani
Astro Awani
21/07/2014
15:05 MYT
MAS nafi tweet Flightradar24 tentang laluan penerbangan
MAS nafi Tweet Flightradar24 tentang laluan penerbangan
Malaysia Airlines (MAS) menafikan tweet Flightradar24 yang memaklumkan penerbangan MAS mengubah laluan penerbangan Kuala Lumpur ke London melalui ruang udara Syria pada 20 Julai pukul 1.20 waktu tempatan selepas laluannya selama ini yang melalui ruang udara Ukraine ditutup.
Menurut kenyataan MAS, laluan penerbangan MH004 adalah mengikut Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) yang diluluskan.
Ia mengikut notis yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Syria yang memaklumkan ruang udara Syria tidak tertakluk kepada sekatan.
Jelas kenyataan itu lagi, pada setiap masa, MH004 berada ruang udara yang diluluskan ICAO.
Pada setiap masa, MH004 berada di ruang udara yang diluluskan oleh ICAO.
MAS turut menegaskan, keselamatan penumpang dan krew adalah keutamaan penting bagi syarikatnya.
Terdahulu, melalui data penerbangan pada Isnin, Flightradar24 melalui laman Twitternya menunjukkan perubahan laluan itu yang sebelum ini melalui timur Ukraine.
Pertukaran laluan itu pada Ahad merupakan tumpuan dan cabaran besar kepada MAS yang dilihat usaha mengurangkan kebimbangan penumpang yang mahu ke Asia dan Eropah.
Malaysia Airlines flight MH4 (Airbus A380) flew over Syria yesterday http://t.co/MpWz4dKljl pic.twitter.com/nH8fGeIAlw
— Flightradar24 (@flightradar24) July 21, 2014
Beratus-ratus penerbangan yang menggunakan laluan merentasi Ukraine sebelum insiden pada Khamis masih memilih laluan tersebut berbanding menggunakan laluan berbahaya di zon perang seperti di Syria dan Afghanistan.
Sementara itu, Bekas Ketua Juruterbang Penerbangan Serantau MAS, Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain di dalam tweetnya turut meminta penjelasan penerbangan A380 yang menggunakan laluan udara Iraq.
MAS A380 flies over Syria. We're the only one. Others avoid prefer Iraq airspace. Are we special? Anyone care to explain?
— Nik Huzlan (@NHuzlan) July 21, 2014
Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat di dalam notis di laman sesawangnya pada bulan Mei 2013 turut memberi amaran kepada pengendali penerbangan di negara itu untuk menggunakan laluan udara Syria.
Topic Berkaitan
#Amsterdam
#flightradar 24
#Kuala Lumpur
#Malaysia Airlines
#MH17
#Rusia
#Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan