awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia
Cristiano Ronaldo tidak beraksi bersama Al Nassr untuk perlawanan kedua berturut-turut
Hoe Yean raih emas 200m gaya bebas di MIAG
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Masa tu kita ingat ada kewangan cukup untuk hapus tol' - Syed Saddiq

Diyana Ibrahim
Diyana Ibrahim
12/10/2018
12:58 MYT
'Masa tu kita ingat ada kewangan cukup untuk hapus tol' - Syed Saddiq
SYED SADDIQ: Kita ingat pada waktu itu kerajaan punya kewangan yang cukup untuk laksanakan perkara itu. - Gambar fail/BERNAMA
Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini mengajak rakyat untuk melupakan kisah lalu dan maju ke hadapan.
Seruannya itu susulan daripada polemik berhubung salah satu manifesto Pakatan Harapan semasa Pilihan Raya Umum ke 14 iaitu menghapuskan tol.
Jelasnya, beliau sedia maklum mengenai pendirian Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini yang tidak bersetuju dengan janji untuk menghapuskan tol.
“Sebab pada masa itu apabila kita menjalankan perbincangan mengenai polisi pada setiap hari Rabu dengan Dr Mahathir, (sebelum menang) kita berbincang mengenai isu negara termasuk isu tol.
“Ketika itu beliau tidak pernah menyentuh untuk hapus tol... anda boleh lihat balik perbincangan polisi itu,” katanya kepada pemberita di Port Dickson, hari ini.
BACA: Tol tidak dapat dihapus kerana masalah kewangan - Baru Bian
BACA: Lebuh raya tanpa tol tidak mungkin diwujudkan - Tun M
Bagaimanapun katanya, janji hapuskan tol dibuat oleh pemimpin Pakatan Harapan ketika merangka manifesto dengan sangkaan bahawa ia dapat dilaksanakan.
“Kita ingat pada waktu itu kerajaan punya kewangan yang cukup untuk laksanakan perkara itu.
“Tapi apabila kita mewarisi kerajaan hari ini, beban hutang isu ini mula timbul,” katanya.
Semalam, Dr Mahathir berkata pembinaan lebuh raya tanpa mengenakan kutipan tol tidak mungkin dapat diwujudkan.
Beliau mengakui bahawa janji yang terkandung dalam manifesto itu dengan andaian bahawa Pakatan Harapan tidak akan dapat menjadi kerajaan.
Tambah Syed Saddiq lagi, ia tidak bermaksud kerajaan lepas tangan dalam isu tersebut.
Katanya kerajaan menyedari, jalan penyelesaian terhadap isu tersebut ialah untuk menumpukan isu memulihkan kos sara hidup.
“Sebab itu saya katakan kita tidak boleh melihat ke belakang, kita kena bergerak ke depan.
“Dalam masa kita bergerak ke depan saya fikir yang paling menjadi kebimbangan rakyat adalah kos sara hidup.
“Ia merupakan isu nombor satu yang mempunyai kait dengan masalah tol, cukai barangan dan perkhidmatan penarikan balik subsidi," tambahnya.
Topic Berkaitan
#Hapuskan Tol
#isu tol
#Mahathir Mohamad
#Menteri Belia dan Sukan
#Pakatan Harapan
#Perdana Menteri
#pilihan raya umum
#Syed Saddiq
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan