ISKANDAR PUTERI: Masalah lambakan kira-kira 200,000 warga asing tidak bekerja di negara ini yang berdaftar di bawah Program Rekalibrasi Tenaga Kerja, akan diselesaikan sebelum akhir tahun ini.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata kerajaan telah berbincang dengan beberapa syarikat yang menggajikan pekerja asing termasuk peladangan, untuk mengambil mereka bekerja semula.
"Keutamaan akan diberikan kepada warga asing yang telah berdaftar dan telah disenaraikan melalui program berkenaan, untuk mendapatkan pekerjaaan memandangkan mereka sudah ada di dalam negara ini.
"Sebab kalau warga asing yang baharu akan mengambil masa, yang ini mereka sudah terima vaksin cukup, boleh mula bekerja dalam masa dua minggu dari sekarang, kita akan selesaikan sebelum akhir tahun ini," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penyerahan Projek Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri Mohd Solihan Badri dan Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
Hamzah berkata demikian ketika ditanya mengenai status permohonan pekerjaan kira-kira 200,000 warga asing, yang memohon untuk bekerja semula di negara ini.
Pada 2 Nov, Hamzah dilaporkan berkata 212,926 warga asing dan 11,751 majikan membuat permohonan menerusi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja, meliputi beberapa sektor antaranya perkilangan, pembinaan, pertanian serta peladangan.
Sementara itu, Hamzah berkata kerajaan sedang memperincikan permintaan syarikat kawalan keselamatan swasta di negara ini, yang memohon kebenaran untuk menggajikan pekerja dari Bangladesh, Indonesia dan Filipina selain dari Nepal.
Beliau berkata setakat ini seramai 30,000 warga asing daripada 180,000 pengawal keselamatan bertugas di negara ini merupakan warga Nepal, manakala selebihnya merupakan warga tempatan.
"Kuota dibenarkan masih kekal iaitu 80 peratus pengawal keselamatan warga tempatan dan hanya 20 peratus warga Nepal, yang mempunyai pengalaman dalam agensi keselamatan. Isunya adalah untuk menggantikan sebahagian daripada 30,000 warga Nepal yang sudah habis tempoh bekerja, kita mahu cari pengganti untuk isi kuota itu, bukan menambah.
"Sebolehnya kita mahu mengutamakan pengambilan pengawal keselamatan daripada warga tempatan, kerana jawatan itu perlu diisi individu yang mempunyai integriti dan memahami undang-undang negara," katanya.
Terdahulu, Hamzah dalam ucapannya mencadangkan agar Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan satu pasukan 'pencungkil bakat' dalam memastikan pengambilan pegawai dan anggota agensi keselamatan itu, terdiri daripada calon terbaik di seluruh negara.
"Saya minta kalau boleh, ada pencungkil bakat diwujudkan oleh PDRM dan dimulakan di peringkat sekolah menengah. Kita mahu mereka yang benar-benar mahu menjadi polis, bukan mereka yang melihat kerjaya ini sebagai pilihan terakhir.
"Melalui pencungkil bakat ini, saya yakin pengambilan anggota boleh ditambah baik dengan mengambil kira aspek modal insan melibatkan kemahiran insani, kecerdasan emosi dan berkemahiran teknologi, ini yang kita mahu," katanya.
Beliau turut 'menegur' Jabatan Kerja Raya (JKR) agar melantik syarikat kontraktor pembangunan yang benar-benar layak dan bukan lantikan daripada tindakan 'melobi', kerana hasil daripada tindakan itu kerap menimbulkan masalah termasuk projek kerajaan yang tertangguh sehingga gagal disiapkan.
Menurut Hamzah sebanyak lima projek pembinaan IPD sedang dijalankan di seluruh negara meliputi IPD Muallim, Perak bernilai RM85 juta; IPD Jeli, Kelantan (RM130.3 juta); IPD Lawas, Sarawak (138.07 juta); IPD Hulu Terengganu, Terengganu (RM108.88 juta) dan IPD Klang Utara, Selangor (RM159.3 juta).
"Sementara itu, pembinaan IPD Belaga, Sarawak yang bernilai RM90 juta kini sedang dalam proses dokumentasi, dijangka akan turut dimulakan dalam waktu terdekat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 29 2021
Hamzah berkata kerajaan telah berbincang dengan beberapa syarikat yang menggajikan pekerja asing termasuk peladangan, untuk mengambil mereka bekerja semula. - Gambar fail
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Kerajaan kaji mekanisme terbaik pelaksanaan caruman KWSP pekerja asing
Kerajaan sedang menjalankan kajian terperinci bagi mengkaji mekanisme pelaksanaan terbaik caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terhadap pekerja asing, kata Kementerian Kewangan (MoF).
Pembinaan CLQ perlu patuhi garis panduan - Chow
Terdapat garis panduan yang membenarkan pembinaan penginapan pekerja berpusat (CLQ) bagi pekerja warga asing, namun ia tertakluk kepada pematuhan oleh pihak pemohon bagi projek itu.
Cadangan caruman KWSP terhadap pekerja asing untuk tangani isu gaji - Amir Hamzah
Cadangan caruman KWSP terhadap pekerja asing bertujuan menangani isu gaji di Malaysia, memastikan pekerja tempatan turut mendapat manfaat.
MIDF sasar sedia inisiatif pembiayaan sedia masa depan RM200 juta untuk PKS
Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) mahu menyediakan RM200 juta kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui inisiatif Pembiayaan Sedia Masa Hadapan (FRF) yang baru dilancarkan.
Perkeso lancar Ops Kesan Pekerja Asing 2024 di seluruh negara
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) hari ini melancarkan Operasi Pengesanan Majikan (Ops Kesan) Pekerja Asing 2024 secara serentak, melibatkan 54 pejabat Perkeso di seluruh negara.
Imigresen Sabah hantar pulang 24 warga China ke negara asal
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menghantar pulang 24 warga China ke negara asal melalui penerbangan secara terus dari Lapangan Terbang Tawau ke Guangzhou, China semalam.
24 PATI warga China diusir keluar dari Sabah
Program pemindahan tahanan PATI kali ini melibatkan 24 tahanan lelaki berusia antara 31 tahun sehingga 64 tahun.
Kerajaan diminta beri pencerahan mengenai caruman KWSP pekerja asing
Kerajaan diminta memberi pencerahan yang terperinci berhubung caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) oleh pekerja asing seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan 2025 baru-baru ini.
Sistem CIDBH - iENTRY tingkat pengurusan pekerja asing pembinaan
CIDB pada Isnin melalui anak syarikatnya CIDB Holdings Sdn Bhd melancarkan Sistem CIDBH - iENTRY bagi meningkatkan pengurusan pekerja asing dalam industi pembinaan.
SPRM tahan dua penguat kuasa minta rasuah lindung pekerja asing
SPRM menahan dua pegawai agensi penguat kuasa yang disyaki meminta rasuah sebagai balasan supaya tidak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pekerja warga asing di Sri Aman, Sarawak, semalam.