awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masalah air: Kelantan dijangka peroleh dana RM1.7 bilion dari Pusat - Mohd Amar

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
16/06/2023
00:45 MYT
Masalah air: Kelantan dijangka peroleh dana RM1.7 bilion dari Pusat - Mohd Amar
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, sebelum ini kerajaan negeri telah memohon peruntukan RM8 billion daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun, perkara itu diperhalusi kerajaan Pusat. - Gambar fail
GUA MUSANG: Kerajaan Kelantan dijangka memperoleh dana RM1.7 billion daripada Kerajaan Pusat bagi menyelesaikan masalah bekalan air yang dihadapi negeri itu sejak berpuluh tahun lalu.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, sebelum ini kerajaan negeri telah memohon peruntukan RM8 billion daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bagaimanapu, kata Mohd Amar, permohonan peruntukan RM8 bilion itu perlu diperhalusi dan kerajaan Persekutuan bersetuju sebanyak RM1.7 bilion diberikan pada peringkat awal.
Menurut beliau, hasil daripada pertemuan dengan Perdana Menteri juga, satu jawatankuasa khusus ditubuhkan melibat Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) dan kerajaan negeri Kelantan.
“Hasil daripada pertemuan dengan Perdana Menteri, satu jawatankuasa khusus ditubuhkan daripada MoF dan kerajaan negeri Kelantan dan Alhamdulillah, dua hari lepas jawatankuasa ini sudah bermesyuarat.
“Setakat ini kelulusan awalnya kalau saya boleh maklum, awal RM1.7 bilion Insya-Allah akan diterima. Kita minta RM8 billion itu Perdana Menteri kata perlu diperhalusi,” kata beliau.
Mohd Amar berkata demikian pada Program Penyerahan Hak Milik Tanah Jajahan Gua Musang, di Felda Chiku 2, di sini pada Khamis.
Sebelum ini, Perdana Menteri memaklumkan, permohonan RM8 bilion oleh Kelantan bagi menyelesaikan isu air di negeri itu ditolak kerana kerajaan Persekutuan perlu meneliti secara tepat keperluannya.
Bahkan, kata Anwar, terdapat syarat-syarat yang perlu dipenuhi sebelum perbelanjaan itu dibenarkan.
Menurut Anwar, masalah air perlu mempunyai langkah awal dan kerajaan sedia memperuntukan dana untuk projek jangka sederhana dan panjang itu.
Topic Berkaitan
#Masalah air Kelantan
#kerajaan pusat
#Mohd Amar Nik Abdullah
#PM Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan