awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masalah bekalan air bersih di Marang selesai dengan pojek naik taraf dua tangki

Bernama
Bernama
27/03/2024
02:50 MYT
Masalah bekalan air bersih di Marang selesai dengan pojek naik taraf dua tangki
Tangki Imbangan MIEL dan Tangki Gondang yang berkapasiti 10,000 meter padu mula beroperasi pada 2006. - Facebook SATU water
KUALA TERENGGANU: Masalah bekalan air yang sering menghantui penduduk di daerah Marang terutama pada musim perayaan dijangka selesai dengan siapnya projek Tangki Air Imbangan MIEL dan Tangki Gondang.
Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu (SATU) Abdul Karim Endut berkata dua projek yang menelan belanja sebanyak RM60 juta itu telah siap dan beroperasi 15 Mac lepas.
Beliau berkata hasil kedua projek berkenaan berjaya menaikkan keupayaan bekalan air terawat daerah Marang daripada 65 juta liter sehari (JLH) kepada 95 JLH.
"Projek ini merupakan sebahagian daripada komponen tambahan Projek Kuala Terengganu Utara yang bertujuan meningkatkan keupayaan penyaluran air terawat.
"Seramai 31,000 pengguna di Marang menerima manfaat daripada projek itu terutama dengan kedatangan Aidilfitri bulan depan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Tangki Imbangan MIEL dan Tangki Gondang yang berkapasiti 10,000 meter padu mula beroperasi pada 2006.
Bagaimanapun, pertambahan populasi penduduk yang pesat di daerah itu beberapa tahun kebelakangan ini menyebabkan rakyat berdepan masalah air kritikal sejak tiga tahun lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tangki
#bekalan air
#Marang
#musim perayaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan